Wednesday, January 27, 2010

Anugerah Juara Lagu - ada simbol Freemason?




Seorang rakan menarik perhatian saya kepada  maklumat di blog berikut:


http://saintisislam.blogspot.com/2010/01/ada-yang-tak-kena-dengan-ajl-anugerah.html

http://idhamlim. blogspot. com/2010/ 01/anugerah-juara-lagu-24.html  

Yang paling merisaukan ialah, semua perkara ini telah diterangkan 

di dalam siri The Arrivals yang sudah banyak disebarkan. Siri ini panjang (46 video 10 minit). Lihat terutamanya siri no 12, 13 dan 30:  

http://www.youtube. com/watch? v=WBoLhJc0tG8  
http://www.youtube. com/watch? v=RXQ0WRznnXg&feature=related http://www.youtube. com/watch? v=JLPA1quvIsk

Walaupun siri ini mempunyai klip video yang kurang menyenangkan
dan akhirnya membawa agenda syi'ah serta terdapat fakta yang boleh dipersoalkan,  tetapi bahagian awal siri ini sangat membuka mata dan minda kita. Yang peliknya, hampir semua tanda-tanda Freemason, Kabbalah dan Dajjal yang disebutkan di dalam siri the Arrivals muncul dengan jelas di dalam set Anugerah Juara Lagu 2010.  

Soalnya Kenapa? dan Bagaimana boleh berlaku? Adakah kebetulan?  

Siapa yang merancangnya dan untuk tujuan apa?

Saturday, January 23, 2010

Pedoman AlQuran 104



Hukum (hudud) yang ditetapkan Allah bagi jenayah mencuri ialah potong tangan, sebagai hukuman pencegahan dari Allah.


Jika penjenayah bertaubat dan membuat pembaikan, maka Allah menerima taubatnya kerana Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.



thief[1]



Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
                                       [Surah AlMaidah:38-39]






Thursday, January 21, 2010

Fikir masak-masak, semak betul-betul sebelum cari yang lain..






Kadangkala, kita perlu membuat keputusan yang besar dalam hidup.

Samada anda bercadang untuk mengganti (atau menambah)  isteri anda,  berpindah rumah, memutuskan hubungan dengan tunang anda, atau mencari kerja lain, fikirkan masak-masak. Anda mungkin menyesal setelah mendapati pengganti yang baru tidak sehebat yang disangkakan. Akhirnya, dengan muka tebal terpaksa me’rujuk’ kembali kepada yang asal.

Pengalaman saya  ‘bercerai’  dengan syarikat telekomunikasi yang saya langgani sejak saya mengenali telefon bimbit mengajar saya supaya lebih berhati-hati, dan membuat keputusan hanya setelah benar-benar mengenali hati-budi calon pengganti berdasarkan maklumat yang tepat.  

Saya nak menceritakan pengalaman saya  menukar  perkhidmatan Telco  tanpa menukar nombor.

Ini pengalaman saya, pengalaman orang lain mungkin agak berbeza. Bagi saya pengalaman saya berada di Telco baru bagaikan indah khabar dari rupa.

Sejak  dua tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan dasar MNP, Mobile Number Portability yang membolehkan pengguna khidmat telefon mudah-alih bertukar dari satu syarikat telekomunikasi (telco) ke telco yang lain tanpa menukar nombor. Dengan itu, nombor telefon tidak lagi membayangkan telco yang dilanggani.

Saya telah lama melanggan Telco A tetapi tertarik dengan iklan Telco B yang menawarkan pakej dianggap bagus untuk keluarga dengan semua hal percuma di antara ahli keluarga. 

Saya telah membuat ‘porting’ MNP yakni memindahkan semua talian keluarga kami ke Telco B tanpa menukar nombor.

Saya mendapati iklan menarik bagi Telco B tidak menceritakan ‘the whole truth’.  Saya juga dapati,  ejen Telco B dan staf di Pusat Servis Telco B juga tidak menceritakan the whole truth.

Benar, nombor-nombor supplementary boleh membuat panggilan percuma (dengan had tertentu) kepada sesama mereka sahaja. Tetapi iklan dan penerangan ketika mendaftar  tidak menceritakan bahawa semua panggilan ke nombor selain dari beberapa nombor yang didaftarkan di pakej tersebut dicaj 30 sen seminit, mungkin kadar tertinggi postpaid di Malaysia!. Kecuali pengguna yang  hanya berada di dunia bawah tempurung mereka, semua pengguna memerlukan panggilan ke nombor lain selain  empat atau lima nombor kumpulan keluarga tersebut. Di sini Telco B mengaut keuntungan berlipat ganda.

Tidak juga diterangkan bahawa setiap supplementary line mempunyai had kredit hanya RM100.  Tidak diterangkan atau ditawarkan untuk penambahan nilai kredit semasa pendaftaran.

Yang peliknya walaupun pengguna telah mendaftarkan bayaran secara auto-debit dengan kad kredit, sekiranya penggunaan melebihi had kredit, perkhidmatan akan disekat


Yang lebih menyusahkan, penambahan had kredit hanya boleh dibuat di Pusat Servis Telco.

Untuk mengelakkan caj panggilan 30 sen seminit, saya berhajat menukar supplementary line anak dan isteri saya ke talian biasa (main line)  Tetapi malangnya, saya dimaklumkan ini tidak boleh dibuat kecuali jika saya bersedia menggantung talian mereka selama dua hari!



Saya juga mendapati talian khidmat pelanggan tidak berkualiti, tidak seperti semasa di Telco  A. Ejen-ejen perkhidmatannya, samada di Pusat Servis Telco atau di Talian Khidmat Pelanggan nampaknya bekerja seperti  pekerja kerajaan yang sekadar melepaskan batuk di tangga, memberikan standard answers . Tidak kelihatan langsung usaha proaktif untuk menyelesaikan masalah pelanggan, apalagi going the extra mile. Anda tidak akan menerima panggilan susulan mengenai kes anda kecuali apabila anda mengancam untuk bertukar telco, atau membuat salinan emel aduan anda kepada pegawai-pegawai besar mereka.

Akhirnya, setelah beberapa kali kecewa berurusan dengan help’less’line, kaunter dan telefon, akhirnya saya pun terpaksa dengan muka tebal ‘merujuk’ semula kepada telco lama saya.



Jadi, sebelum anda membuat keputusan besar dalam hidup, menggantikan yang sedia-ada kepada sesuatu yang kononnya lebih hebat, lebih cantik, lebih bergaya, lebih menarik, fikir dalam-dalam, semak betul-betul. Jika tidak, anda bakal menyesal dan merana.




Cartoon Top:http://www.dvo.com/newsletter/monthly/2002/april/cartoon.gif
Cartoon Bottom:http://putsimply.files.wordpress.com/2009/08/customer-service.jpg

Friday, January 15, 2010

HENDAK KE MANA ANDA? 12



Haiwan dicipta oleh Allah untuk “makan, cari
makan,berehat, berhibur, tidur.  Dan akhirnya mati ..
tamat cerita.”

Itulah kisahnya haiwan; lembu, monyet, ikan, itek,
ayam dan yang sebangsa dengan mereka.  Mereka hidupnya
untuk makan, minum bersukaria, bila sampai masanya..
disembelih..atau mati..tamat riwayat, habis kisah!

Tapi kita manusia..itu sajakah yang kita nak buat dan
patut buat di dunia ini?

Tamatkah kisah kita, habiskah cerita kita bila kita
mati nanti?

Jawapannya tidak!

Bagi kita manusia, kematian tidak menamatkan
segalanya.

Mati hanyalah satu transisi ke alam akhirat.

Pintu ke hari akhirat ialah kematian.  Semua orang
akan mati.

Kematian kita adalah satu fasa dari  rentetan
perjalanan kita dari perut ibu menuju ke alam akhirat.

Kerana ia adalah sesuatu yang pasti.   Ia pasti
datang.

kubur1

Hari ini, esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan
mungkin  saya, anda, saudara mara dan kawan-kawan kita
pasti mati.

Yang pasti datang ialah kematian. Umur tua  belum
pasti. Usia emas bukan sesuatu yang bakal dimiliki
semua orang.

Ingat MATI itu pasti, TUA belum tentu.

Janganlah kita lupa akan destinasi akhir kita ini.
Jangan kita dilalaikan oleh kesibukan harian kita dari
hakikat ini.

Allah memperingatkan kita:

Alhaakumuttakaathur. Hatta zurtumul maqabir...”

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal
bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat
dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak
pangkat dan pengaruh),  SEHINGGA KAMU MASUK KE KUBUR.
 Surah Attakaathur:1-2

Friday, January 8, 2010

Pedoman AlQuran 105

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, kalau (tiap-tiap seorang dari) mereka mempunyai segala yang ada di muka bumi atau sebanyak itu lagi bersamanya, untuk mereka menjadikannya penebus diri mereka dari azab seksa hari kiamat, nescaya tebusan itu tidak akan diterima dari mereka; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Mereka sentiasa berharap hendak keluar dari api neraka itu, padahal mereka tidak sekali-kali akan dapat keluar daripadanya; dan bagi mereka azab seksa yang tetap kekal.
 
                        [Surah AlMaidah :36-37]



Foto: www.alaska-in-pictures.com






Friday, January 1, 2010

HENDAK KE MANA ANDA? 11



Mungkin anda pernah mendengar ‘teori’ evolusi.
Kononnya manusia berasal daripada beruk dan kera.

Pihak yang mempropaganda teori ini mempunyai motif
lebih besar daripada sekadar menegakkan ‘kebenaran
saintifik’ mereka dan seterusnya untuk menolak aliran yang
meyakini ‘penciptaan’ oleh yang Maha Kuasa.

Ini kerana jika manusia setaraf atau sebangsa dengan
haiwan, manusia tidak mempunyai tanggungjawab kepada
Pencipta.  Manusia  tidak perlu panduan Ilahi, manusia
boleh berfikir dan menentukan cara hidupnya sendiri.

Falsafah atau pandangan berkenaan amat sesuai dengan
orang kafir yang tidak menerima hidayah Ilahi.  Memang
cara hidup mereka  tidak jauh bezanya dari  haiwan.

Amat layak bagi haiwan,unggas dan orang kafir hidup
untuk “makan, cari makan, berehat, berhibur, tidur.”

Bagi mereka…

  • hidup hanya sekali..enjoy lah puas-puas nanti
  • menyesal kalau tak enjoy.
  • mana ada dosa pahala!
  • persetankan  siksa kubur!
  • peduli apa dengan padang mahsyar dan titian sirat!
  • lupakan saja mengenai syurga neraka!

Mereka tak mahu tahu kenapa mereka dijadikan. Mereka tak
kisah siapa Pencipta mereka.

Mereka tak nampak apa yang mereka boleh buat dalam
kehidupan selain berhibur dan bersukaria.

Cari makan untuk hidup dan hidup untuk makan. Itu
saja.


Itulah menjadi rutin hidup mereka..hari ke minggu ke
bulan ke tahun..sehingga maut menjemput mereka.

Tapi kita bukan haiwan, bukan unggas dan orang kafir
jauh sekali.

Hidup kita pasti berlainan!

Cuba fikir mendalam sekejap.

…Haiwan tu dicipta oleh Allah untuk “makan, cari
makan,berehat, berhibur, tidur.  Dan akhirnya mati ..
tamat cerita.”

Itulah kisahnya lembu dan ayam daging, hidupnya untuk
makan, minum bersukaria, bila sampai masanya..
disembelih..tamat riwayat, habis kesah!

Tapi kita ni manusia!! Tak kan itu saja yang kita nak buat dan
patut buat di dunia ini? Betul ke ‘tamat cerita’ bila
kita mati?

Wednesday, December 30, 2009

Imam perlu prihatin dengan keadaan makmum

Petang tadi dalam perjalanan pulang ke rumah aku solat asar di sebuah masjid yang jarang aku singgahi. Aku agak terlewat dan masuk ke masjid, Imam baru memberikan salam. 

Seperti biasa, kami dan beberapa jemaah lain yang lewat membuat jemaah baru, diimamkan oleh seorang anak muda. Anda mungkin pernah merasainya, tetapi bersolat dalam keadaan imam sedang berwirid memang menyeksakan. Apa lagi dengan mikrofon yang tergantung di dadanya, Imam berwirid seolah-olah hanya dunia ini dia yang punya.

Peliknya, itulah amalan biasa masyarakat kita. Wirid secara jahar, deras, nyaring  tanpa menghiraukan  jemaah lain yang mungkin sedang solat.  Anehnya, menjaharkan wirid ini berlaku walaupun pada solat Asar dan Zuhr walaupun bacaan di dalam solat-solat ini sepatutnya dibaca secara sirr, perlahan. Apabila solat Imam membaca senyap, tetapi apabila sudah solat lantas berzikir secara lantang.

 

foto: http://alrisalah.wordpress.com


Jangan tersilap; saya tidak mempertikaikan tentang Imam bersama makmum melakukan zikir dan wirid selepas solat, walaupun ada orang yang mempersoalkannya. Itu bukan isunya di sini. 

Yang saya timbulkan ialah kenapa Imam-imam tidak dilatih supaya sensitif dengan persekitaran dan bertindak sewajarnya. Kenapa Imam-imam tidak didedahkan dengan fiqh awlawiyat, yakni memahami keutamaan sesuatu amalan dan  mengutamakan yang awla, yang lebih tinggi darjatnya berbanding yang kurang utama.

Nabi (saw) mengajar Imam supaya sensitif dengan apa yang berlaku di kalangan jemaahnya. Imam perlu prihatin dengan makmum yang mungkin  berkeperluan, dengan apa jua keperluan tersebut. Kita semua tahu mengenai kebiasaan Rasulullah memendekkan solat apabila mendengar tangisan anak.
Kita juga pernah mendengar tentang arahan Nabi kepada Muaz  agar tidak terlalu memanjangkan bacaan surah. Imam digalakkan untuk memanjangkan ruku’ jika mendengar ada makmum yang baru tiba, agar beliau tidak tertinggal rakaat. Imam boleh membaca panjang sedikit semasa rakaat pertama jika itu boleh mengurangkan jemaah yang masbuk. Ini adalah di antara beberapa panduan yang sangat praktikal yang patut diajarkan kepada Imam-imam masjid dan surau.

Imam dan makmum juga perlu tahu awlawiyat, keutamaan amal.  Wirid dan zikir selepas solat bukan fardhu, tidak diwajibkan. Imam dan makmum boleh meninggalkannya atau memendekkannya jika ada keperluan. Apa lagi apabila ia bertembung dengan perkara yang dilarang, yakni mengganggu jemaah yang sedang solat fardhu. Imam perlu difahamkan bahawa meneruskan berzikir dan wirid dengan nyaring menyebabkan jemaah yang sedang solat sukar memperolehi khusyu’ di dalam solat mereka.  Maknanya zikir yang sepatutnya mendatangkan pahala mungkin mengundang dosa. 

Alangkah baiknya jika Imam sentiasa prihatin memerhatikan keadaan sekeliling bertindak mengikut apa yang dilihatnya. Mungkin di antara hikmah  disunatkan Imam berpaling ke kanan atau menghadap makmum selepas salam ialah bagi membolehkan Imam memerhati keadaan makmum dan bertindak sewajarnya.

Monday, December 28, 2009

Pedoman AlQuran 104

Hukum yang ditetapkan Allah bagi jenayah Hirabah (samun, rompakan bersenjata dan yang seumpamanya).
Jika penjenayah hirabah bertaubat sebelum mereka tertangkap, mereka tidak dikenakan hukuman hudud (dengan syarat  menunaikan hak-hak orang yang mereka dzalimi). Jika mereka bertaubat setelah tertangkap, maka mereka tetap dikenakan hukuman hudud.




Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.
Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Surah Almaidah: 33-34]

Monday, December 21, 2009

Hendak ke Mana Anda? 10


Kita tidak rela jika kita disamakan dengan haiwan dan
unggas yang bertindak berasakan nafsu dan naluri,



Jersey Cow
yang mempunyai otak tetapi tiada fikiran.

Kita akan melenting jika kita disebangsakan dengan  kera, kucing atau lembu.

Tapi tahukah anda.. ada orang yang suka kalau umat  manusia; dia, anda dan saya disebangsakan, disamakan saja dengan
haiwan?

Dia amat suka kalau boleh dibuktikan bahawa manusia dengan binatang ni seiring sejalan, bahawa tiada
perbezaan antara manusia dan unggas dan haiwan. Suka
benar dia kalau kita semua bangsa manusia ini dilonggokkan sebagai
‘binatang yang pandai’ atau ‘spesis haiwan peringkat
tinggi”.

Kenapa ya?

Sebabnya mudah saja.

Jika manusia sebangsa dengan haiwan, hidupnya tak
perlu berbeza dengan binatang. Gampang Pak! Semuanya
diukur dengan nilaian "tepuk dada tanya selera!"

Semua ditanggung beres!

Macam disebutkan dalam ayat 12 Surah Muhammad, manusia
yang hidupnya umpama haiwan hanya perlu makan dan
bersenang senang..

Makan. Pergi kerja, cari makan. Makan. Berehat.
Berhibur. Tidur. Makan. Pergi kerja, cari makan.
Makan. Berehat. Berhibur. Tidur.....

Itu saja rutin hidupnya.

Jika manusia sebangsa binatang, tiada tujuan hidup
manusia selain “ makan, cari makan,berehat, berhibur,
tidur.”

Jika manusia hanyalah 'an intelligent animal' ia hidup
untuk “ makan, cari makan,berehat, berhibur, tidur.”.

Tiada hukum Tuhan, tidak perlu hidayah, tidak perlu peraturan hidup, tidak
perlu adab, tidak perlu etika, tidak perlu akhlak,
tidak perlu ibadat, tiada pembalasan akhirat!

Hasilnya manusia boleh berbuat apa saja untuk mencapai
kepuasan hidup. Ikut naluri, ikut instinct, ikut
nafsu …tepuk dada tanya perut.

Hidup sekali saja beb! Bujur lalu melintang patah.
Dosa pahala belakang kira!

http://animals.timduru.org/dirlist/monkey/3-monkeys-ComicPosition.gifMahukah kita termasuk di dalam kumpulan ini yang diceritakan oleh Allah di dalam Surah Al-A'raf : Ayat 179?


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak
dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu
memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata
(tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah)
dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar
dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang
ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Sunday, December 20, 2009

Pedoman AlQuran 103

Umat Islam bertuah kerana mempunyai kitab alQuran yang membawa cahaya menyuluh jalan yang lurus di dalam kehidupan bagi memperolehi keredhaan Ilahi serta keselamatan hidup di dunia dan akhirat.



Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus. (Surah AlMaidah: 15-16)