Kadangkala, kita perlu membuat keputusan yang besar dalam hidup.
Samada anda bercadang untuk mengganti (atau menambah) isteri anda, berpindah rumah, memutuskan hubungan dengan tunang anda, atau mencari kerja lain, fikirkan masak-masak. Anda mungkin menyesal setelah mendapati pengganti yang baru tidak sehebat yang disangkakan. Akhirnya, dengan muka tebal terpaksa me’rujuk’ kembali kepada yang asal.
Samada anda bercadang untuk mengganti (atau menambah) isteri anda, berpindah rumah, memutuskan hubungan dengan tunang anda, atau mencari kerja lain, fikirkan masak-masak. Anda mungkin menyesal setelah mendapati pengganti yang baru tidak sehebat yang disangkakan. Akhirnya, dengan muka tebal terpaksa me’rujuk’ kembali kepada yang asal.
Pengalaman saya ‘bercerai’ dengan syarikat telekomunikasi yang saya langgani sejak saya mengenali telefon bimbit mengajar saya supaya lebih berhati-hati, dan membuat keputusan hanya setelah benar-benar mengenali hati-budi calon pengganti berdasarkan maklumat yang tepat.
Saya nak menceritakan pengalaman saya menukar perkhidmatan Telco tanpa menukar nombor.
Ini pengalaman saya, pengalaman orang lain mungkin agak berbeza. Bagi saya pengalaman saya berada di Telco baru bagaikan indah khabar dari rupa.
Sejak dua tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan dasar MNP, Mobile Number Portability yang membolehkan pengguna khidmat telefon mudah-alih bertukar dari satu syarikat telekomunikasi (telco) ke telco yang lain tanpa menukar nombor. Dengan itu, nombor telefon tidak lagi membayangkan telco yang dilanggani.
Saya telah lama melanggan Telco A tetapi tertarik dengan iklan Telco B yang menawarkan pakej dianggap bagus untuk keluarga dengan semua hal percuma di antara ahli keluarga.
Saya telah membuat ‘porting’ MNP yakni memindahkan semua talian keluarga kami ke Telco B tanpa menukar nombor.
Saya mendapati iklan menarik bagi Telco B tidak menceritakan ‘the whole truth’. Saya juga dapati, ejen Telco B dan staf di Pusat Servis Telco B juga tidak menceritakan the whole truth.
Benar, nombor-nombor supplementary boleh membuat panggilan percuma (dengan had tertentu) kepada sesama mereka sahaja. Tetapi iklan dan penerangan ketika mendaftar tidak menceritakan bahawa semua panggilan ke nombor selain dari beberapa nombor yang didaftarkan di pakej tersebut dicaj 30 sen seminit, mungkin kadar tertinggi postpaid di Malaysia!. Kecuali pengguna yang hanya berada di dunia bawah tempurung mereka, semua pengguna memerlukan panggilan ke nombor lain selain empat atau lima nombor kumpulan keluarga tersebut. Di sini Telco B mengaut keuntungan berlipat ganda.
Tidak juga diterangkan bahawa setiap supplementary line mempunyai had kredit hanya RM100. Tidak diterangkan atau ditawarkan untuk penambahan nilai kredit semasa pendaftaran.
Yang peliknya walaupun pengguna telah mendaftarkan bayaran secara auto-debit dengan kad kredit, sekiranya penggunaan melebihi had kredit, perkhidmatan akan disekat
Yang lebih menyusahkan, penambahan had kredit hanya boleh dibuat di Pusat Servis Telco.
Untuk mengelakkan caj panggilan 30 sen seminit, saya berhajat menukar supplementary line anak dan isteri saya ke talian biasa (main line) Tetapi malangnya, saya dimaklumkan ini tidak boleh dibuat kecuali jika saya bersedia menggantung talian mereka selama dua hari!
Saya juga mendapati talian khidmat pelanggan tidak berkualiti, tidak seperti semasa di Telco A. Ejen-ejen perkhidmatannya, samada di Pusat Servis Telco atau di Talian Khidmat Pelanggan nampaknya bekerja seperti pekerja kerajaan yang sekadar melepaskan batuk di tangga, memberikan standard answers . Tidak kelihatan langsung usaha proaktif untuk menyelesaikan masalah pelanggan, apalagi going the extra mile. Anda tidak akan menerima panggilan susulan mengenai kes anda kecuali apabila anda mengancam untuk bertukar telco, atau membuat salinan emel aduan anda kepada pegawai-pegawai besar mereka.
Akhirnya, setelah beberapa kali kecewa berurusan dengan help’less’line, kaunter dan telefon, akhirnya saya pun terpaksa dengan muka tebal ‘merujuk’ semula kepada telco lama saya.
Jadi, sebelum anda membuat keputusan besar dalam hidup, menggantikan yang sedia-ada kepada sesuatu yang kononnya lebih hebat, lebih cantik, lebih bergaya, lebih menarik, fikir dalam-dalam, semak betul-betul. Jika tidak, anda bakal menyesal dan merana.
Cartoon Top:http://www.dvo.com/newsletter/monthly/2002/april/cartoon.gif
Cartoon Bottom:http://putsimply.files.wordpress.com/2009/08/customer-service.jpg
Cartoon Bottom:http://putsimply.files.wordpress.com/2009/08/customer-service.jpg
very interesting baba! harap tak rugi sgt la. yep maxis >>> celcom.
ReplyDeleteassalamu'alaykum,
ReplyDeletei dont know about other, tapi dah lama bertukar ke celcom prepaid ler...and it ok je...
but dr murni pun tak pakai celcom, because of the services tu memang tak cekap...
hahaha