Monday, December 28, 2009

Pedoman AlQuran 104

Hukum yang ditetapkan Allah bagi jenayah Hirabah (samun, rompakan bersenjata dan yang seumpamanya).
Jika penjenayah hirabah bertaubat sebelum mereka tertangkap, mereka tidak dikenakan hukuman hudud (dengan syarat  menunaikan hak-hak orang yang mereka dzalimi). Jika mereka bertaubat setelah tertangkap, maka mereka tetap dikenakan hukuman hudud.




Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.
Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Surah Almaidah: 33-34]

No comments:

Post a Comment