Saturday, January 23, 2010

Pedoman AlQuran 104



Hukum (hudud) yang ditetapkan Allah bagi jenayah mencuri ialah potong tangan, sebagai hukuman pencegahan dari Allah.


Jika penjenayah bertaubat dan membuat pembaikan, maka Allah menerima taubatnya kerana Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.



thief[1]



Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
                                       [Surah AlMaidah:38-39]






1 comment:

  1. Bila hudud dilaksanakan, Allah sendiri akan masukkan takut/fear ke dalam hati manusia dari mencuri.

    Tak percaya...boleh try.

    Bila hudud tidak di laksanakan...pencuri & perompak berkeliaran mencari mangsa. Rakyat mencari mangsa...

    ReplyDelete