Friday, January 15, 2010

HENDAK KE MANA ANDA? 12



Haiwan dicipta oleh Allah untuk “makan, cari
makan,berehat, berhibur, tidur.  Dan akhirnya mati ..
tamat cerita.”

Itulah kisahnya haiwan; lembu, monyet, ikan, itek,
ayam dan yang sebangsa dengan mereka.  Mereka hidupnya
untuk makan, minum bersukaria, bila sampai masanya..
disembelih..atau mati..tamat riwayat, habis kisah!

Tapi kita manusia..itu sajakah yang kita nak buat dan
patut buat di dunia ini?

Tamatkah kisah kita, habiskah cerita kita bila kita
mati nanti?

Jawapannya tidak!

Bagi kita manusia, kematian tidak menamatkan
segalanya.

Mati hanyalah satu transisi ke alam akhirat.

Pintu ke hari akhirat ialah kematian.  Semua orang
akan mati.

Kematian kita adalah satu fasa dari  rentetan
perjalanan kita dari perut ibu menuju ke alam akhirat.

Kerana ia adalah sesuatu yang pasti.   Ia pasti
datang.

kubur1

Hari ini, esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan
mungkin  saya, anda, saudara mara dan kawan-kawan kita
pasti mati.

Yang pasti datang ialah kematian. Umur tua  belum
pasti. Usia emas bukan sesuatu yang bakal dimiliki
semua orang.

Ingat MATI itu pasti, TUA belum tentu.

Janganlah kita lupa akan destinasi akhir kita ini.
Jangan kita dilalaikan oleh kesibukan harian kita dari
hakikat ini.

Allah memperingatkan kita:

Alhaakumuttakaathur. Hatta zurtumul maqabir...”

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal
bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat
dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak
pangkat dan pengaruh),  SEHINGGA KAMU MASUK KE KUBUR.
 Surah Attakaathur:1-2

1 comment:

  1. Sebelum terlambat, berdakwahlah kerana dakwah adalah merupakan sunnah Rasul SAW yg terbesar...

    Hidup lebih indah dgn berdakwah mengajak manusia mentaati perintah Allah...

    ReplyDelete