Mungkin anda pernah mendengar ‘teori’ evolusi.
Kononnya manusia berasal daripada beruk dan kera.
Pihak yang mempropaganda teori ini mempunyai motif
lebih besar daripada sekadar menegakkan ‘kebenaran
saintifik’ mereka dan seterusnya untuk menolak aliran yang
meyakini ‘penciptaan’ oleh yang Maha Kuasa.
Ini kerana jika manusia setaraf atau sebangsa dengan
haiwan, manusia tidak mempunyai tanggungjawab kepada
Pencipta. Manusia tidak perlu panduan Ilahi, manusia
boleh berfikir dan menentukan cara hidupnya sendiri.
Falsafah atau pandangan berkenaan amat sesuai dengan
orang kafir yang tidak menerima hidayah Ilahi. Memang
cara hidup mereka tidak jauh bezanya dari haiwan.
Amat layak bagi haiwan,unggas dan orang kafir hidup
untuk “makan, cari makan, berehat, berhibur, tidur.”
Bagi mereka…
- hidup hanya sekali..enjoy lah puas-puas nanti
- menyesal kalau tak enjoy.
- mana ada dosa pahala!
- persetankan siksa kubur!
- peduli apa dengan padang mahsyar dan titian sirat!
- lupakan saja mengenai syurga neraka!
Mereka tak mahu tahu kenapa mereka dijadikan. Mereka tak
kisah siapa Pencipta mereka.
Mereka tak nampak apa yang mereka boleh buat dalam
kehidupan selain berhibur dan bersukaria.
Cari makan untuk hidup dan hidup untuk makan. Itu
saja.
Itulah menjadi rutin hidup mereka..hari ke minggu ke
bulan ke tahun..sehingga maut menjemput mereka.
Tapi kita bukan haiwan, bukan unggas dan orang kafir
jauh sekali.
Hidup kita pasti berlainan!
Cuba fikir mendalam sekejap.
…Haiwan tu dicipta oleh Allah untuk “makan, cari
makan,berehat, berhibur, tidur. Dan akhirnya mati ..
tamat cerita.”
Itulah kisahnya lembu dan ayam daging, hidupnya untuk
makan, minum bersukaria, bila sampai masanya..
disembelih..tamat riwayat, habis kesah!
Tapi kita ni manusia!! Tak kan itu saja yang kita nak buat dan
patut buat di dunia ini? Betul ke ‘tamat cerita’ bila
kita mati?
Jangan tertipu dengan kemilau dunia...
ReplyDeleteApalah dunia tanpa mengamalkan agama Allah...
Jom balik amalkan agama Allah.