Monday, December 21, 2009

Hendak ke Mana Anda? 10


Kita tidak rela jika kita disamakan dengan haiwan dan
unggas yang bertindak berasakan nafsu dan naluri,



Jersey Cow
yang mempunyai otak tetapi tiada fikiran.

Kita akan melenting jika kita disebangsakan dengan  kera, kucing atau lembu.

Tapi tahukah anda.. ada orang yang suka kalau umat  manusia; dia, anda dan saya disebangsakan, disamakan saja dengan
haiwan?

Dia amat suka kalau boleh dibuktikan bahawa manusia dengan binatang ni seiring sejalan, bahawa tiada
perbezaan antara manusia dan unggas dan haiwan. Suka
benar dia kalau kita semua bangsa manusia ini dilonggokkan sebagai
‘binatang yang pandai’ atau ‘spesis haiwan peringkat
tinggi”.

Kenapa ya?

Sebabnya mudah saja.

Jika manusia sebangsa dengan haiwan, hidupnya tak
perlu berbeza dengan binatang. Gampang Pak! Semuanya
diukur dengan nilaian "tepuk dada tanya selera!"

Semua ditanggung beres!

Macam disebutkan dalam ayat 12 Surah Muhammad, manusia
yang hidupnya umpama haiwan hanya perlu makan dan
bersenang senang..

Makan. Pergi kerja, cari makan. Makan. Berehat.
Berhibur. Tidur. Makan. Pergi kerja, cari makan.
Makan. Berehat. Berhibur. Tidur.....

Itu saja rutin hidupnya.

Jika manusia sebangsa binatang, tiada tujuan hidup
manusia selain “ makan, cari makan,berehat, berhibur,
tidur.”

Jika manusia hanyalah 'an intelligent animal' ia hidup
untuk “ makan, cari makan,berehat, berhibur, tidur.”.

Tiada hukum Tuhan, tidak perlu hidayah, tidak perlu peraturan hidup, tidak
perlu adab, tidak perlu etika, tidak perlu akhlak,
tidak perlu ibadat, tiada pembalasan akhirat!

Hasilnya manusia boleh berbuat apa saja untuk mencapai
kepuasan hidup. Ikut naluri, ikut instinct, ikut
nafsu …tepuk dada tanya perut.

Hidup sekali saja beb! Bujur lalu melintang patah.
Dosa pahala belakang kira!

http://animals.timduru.org/dirlist/monkey/3-monkeys-ComicPosition.gifMahukah kita termasuk di dalam kumpulan ini yang diceritakan oleh Allah di dalam Surah Al-A'raf : Ayat 179?


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak
dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu
memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata
(tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah)
dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar
dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang
ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

No comments:

Post a Comment