Apabila mati anak Adam, semua amalnya terputus kecuali sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakannya.
_____________________
10 teratas, Sekolah-sekolah di Daerah Johor Bahru.
GPS
1. Sekolah Tun Fatimah, STF 1.29 (no. 4, nasional)
2. SMK Infant Jesus Convent 1.40 (no. 9, nasional)
3. SMK Sultan Ismail, SIS 2.21 4. Sekolah Menengah Islam Hidayah, SMIH 2.24
5. SMK Mohd Khalid (20 pelajar) 2.35
6. SM Teknik J.B. 2.65
7. SMK(P) Sultan Ibrahim, SIGS 2.72
8. SMKA Johor Bahru 2.94
9. Maktab Sultan Abu Bakar, EC 3.71
10.SMV Azizah 3.72
5 teratas, Sekolah-sekolah Agama di Negeri JOHOR.
GPS 1. Sekolah Menengah Islam Hidayah, SMIH 2.24
2. SMKA Maahad, Muar. 2.88
3. SMKA Johor Bahru 2.94
4. SMKA Segamat 3.16
5. SMKA Kerajaan Johor, Kluang 3.38
Berhati-hati jangan sampai mengkesampingkan hukum Allah, kerana sifat orang beriman ialah akur dengan hukum Ilahi dan melaksanakannya tanpa takut pada manusia.
Dan (sungguh menghairankan), bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu, padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah, kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (dari hukumanmu)? Dan (sebenarnya) mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
Berikut adalah satau aturcara bagi satu program Bengkel yang diadakan oleh sebuah Jabatan Kerajaan.
ATURCARA HARI PERTAMA
6.00 pagi
Solat Subuh
7.00 pagi
Sarapan
8.00 pagi
Kehadiran para peserta
8.30 pagi
PEMBENTANGAN I
Sesi Soal Jawab
10.30 pagi
Rehat & Kudapan
11.00 pagi
PEMBENTANGAN II
12.15 tgh
Makan Tengahari & solat Zuhur
2.15 ptg
PEMBENTANGAN III
4.00 ptg
RUMUSAN HARI PERTAMA
4.30 ptg
Minum Petang
Solat Asar
Rehat
7.00 mlm
Makan Malam
Solat Maghrib
Solat Isha
9.00 mlm
BENGKEL
10.30 mlm
Supper
Ia aturcara ‘typical’ bagi setiap program kursus, seminar, retreat, persidangan atau latihan yang seumpama itu yang biasanya dianjurkan di hotel-hotel atau resort.
Apa yang anda nampak menonjol dari aturcara tersebut?
Ya.. makan 6 kali sehari; sarapan, kudapan, makan tengahari, minum petang, makan malam dan supper.
Kadang-kadang saya hairan dengan penganjur yang menyediakan begitu banyak sajian. Yang hairan lagi ialah peserta, mereka makan setiap kali masa makan, kalau enam kali makan disediakan, enam kalilah mereka ‘taram’. Kalau teh/kopi disediakan enam kali, enam cawan teh/kopi susu yang mereka teguk.
Puh!! Kat mana nak letakkan semua tu?
Ini tabi’at biasa rakyat Malaysaia. Sudah dibudayakan.
Kita dah budayakan sesi teh tarik di kedai mamak, pekena nasi lemak di waktu malam, bergelas-gelas kopi/the susu diminum sambil bersorak menonton pasukan bolaseak EPL bertarung di wide-screen.
Kesannya, penyakit berasaskan terlebih makan (overeating) menjadi pembunuh nombor satu negara. Kalau di negara miskin Afrika ramai yang mati kerana kurang makan (malnutrition), di Malaysia, kita ramai pulak yang mati terlebih makan (overeating).
Banyak makan akan menyebabkan kegemukan. Kegemukan akan mendatangkan pelbagai penyakit. Kebanyakan penyakit yang berat-berat berkaitan rapat dengan tabiat pemakanan; kencing manis, darah tinggi, serangan jantung, angin ahmar dan sebagainya.
“… The National Health Morbidity Survey data revealed that in adults, 20.7% were overweight ..; the prevalence of obesity was clearly greater in women than in men. ..Urban male subjects consumed significantly more energy than their rural counterparts, but this was not the case in women. .. current nutrition and health surveys reveal that Malaysians are already affected by western health problems. The escalation of obesity, once thought to be an urban phenomenon, has now spread to the rural population at an alarming rate. As Malaysia proceeds rapidly towards a developed economy status, the health of its population will probably continue to deteriorate.”
Ya, ia amat merisaukan. Seperti dilaporkan oleh New Straits Times 10 Feb 2010,
“…Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said obesity is becoming the major health issue with the number of obese people almost tripling in the past 15 years from four per cent in 1996 to 14 per cent in 2010. “
Sampai masanya kita review tabiat pemakanan kita.
Kalau kita disogokkan dengan makanan di dalam bengkel, seminar, kursus atau majlis-majlis lain , bertanyalah dulu ..” adakah aku perlu makan?”. Mungkin elok kita ingatkan diri kita pesanan Nabi (saw)yang mengingatkan kita agar “ makan hanya apabila lapar, dan berhenti sebelum kenyang.” Lagipun, sepatutnya “kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan”.
Sekolah Islam Hidayah bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) pada tahun 1989. Mula beroperasi dengan 12 orang pelajar dan 4 orang guru di sebuah rumah teres kediaman di Skudai, Johor Bahru.
Pelbagai kejayaan dicapai oleh sekolah ini.
Bagi Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) yang ditubuhkan pada 1995, namanya tertera di dalam akhbar the Star, Thursday, Dec 30, 1999 yang meaporkan prestasi keputusan PMR 1998 di seluruh negara. Inilah prestasi kumpulan sulung pelajar SMIH.
"The religious school with the best results was SM Islam Hidayah where 47 of 53 candidates obtained distinctions in all subjects." Di harapkan Hidayah mempu mengubah tanggapan negaitif terhadap sekolah Islam. Malah, Hidayah akan menjadi sekolah contoh baik yang diikuti.
Hidayah mengukir sejarah kejayaan apabila pelajar SMIH Muhammad Anas Mohamad Ghazali cemerlang dengan 12 1A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya dlm SPM 2005. Anas kini mengikuti kursus perubataan di Mesir dengan tajaan JPA, Abdul Rasyid mengikuti kursus perubatan di Ireland tajaan MARA, Fahim pula mengikuti kursus Perakaunan di UiTM Shah Alam.
Hidayah meneruskan pencapaian cemerlangnya seperti yang dicipta sebelum ini apabila 4 orang pelajarnya berjaya mencapai keputusan 12A dalam peperiksaan SPM 2006. Huzaifah (9 1A, 3 2A), Asyraf (10 1A, 2 2A), Muhammad Siddiq (12 1A), Azma' (9 1A, 3 2A). Utusan Malaysia, 15 Mac 2007. Huzaifah dan Muhammad Siddiq kini membuat kursus perubatan di Mesir dengan tajaan JPA. Asyraf pula mengikuti kursus Sains Aktuari. Sementara Asma' mengikuti kursus pergigian.
Di Hidayah, anak-anak ditarbiyah untuk sanggup memikul cabaran. Mereka sentiasa diberi peluang menyerlahkan potensi. Dengan izzah yang tinggi mereka sedia berdepan dengan mereka yang telah ternama.
Sekolah Islam Hidayah juga mula terkenal di persada antara bangsa. Pada 24 Okt 2008 sekumpulan 82 orang pelajar dari Sekolah SUMA GAKUEN, JEPUN telah melawat Sekolah Islam Hidayah bersama 7 orang pengiring. Majlis sambutan dibuat bermula 8 pagi hingga 12 tengahari. Bertemakan pertukaran budaya Malaysia-Jepun, lawatan ini membuka ruang untuk kedua-dua pihak mengenali budaya dan resepi kecemerlangan masing-masing. Ini adalah sebahagian gambar yang tertera dalam laman web mereka di http://www.suma.ac.jp/cal_2008/30.html
Pada 29 April 2009, Pendebat SMIH telah dinobatkan sebagai johan dalam debat Bahasa Melayu dan Naib Johan dalam debat Bahasa Inggeris dalam pertandingan debat antara sekolah-sekolah seluruh Malaysia di UIA Gombak. Kejayaan seumpama ini merupakan pertama kali dalam sejarah 8 tahun penganjuran debat UIA.
Pada tahun 2005 sekolah ternama Malay College of Kuala Kangsar (MCKK) pernah mencapai kejayaan di mana kedua-dua kumpulan pendebat BM dan BI mereka sampai ke peringkat akhir, namun kedua-duanya berakhir dengan hanya mendapat naib johan.
Debat UIA adalah antara acara debat tahunan yang berprestij. Banyak sekolah-sekolah seluruh Malaysia, tanpa mengira latarbelakang, akan menghantar kumpulan pendebat mereka. Debat UIA boleh dikatakan gelangang terbaik untuk setiap sekolah menguji kehebatan pasukan debat masing-masing.
Hampir semua paskan pendebat tersohor dari sekolah berasrama penuh ternama menyertai pertandingan ini termasuklah KISAS (dulu KIK), MCKK, TKC, RMC, STAR, STF, SDAR dan MRSM. Bagi sekolah biasa tidak ternama, di sini merupakan gelangang terbaik mereka untuk menguji kehebatan pasukan mereka.
Pada 15 Ogos 2009, SMIH dan SRIH telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan SKIPS (Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia , Bahagian Pendidikan Swasta. Majlis penyerahan telah dilakukan di Putrajaya. Pengetua SMIH, Puan Kamaliah Nordin, telah mewakili kedua-dua sekolah untuk menerima anugerah tersebut. Kedua-dua sekolah telah di anugerahkan 4 bintang (maksimum 5 bintang) .
Terima kasih, jazakallu khairan kepada semua ibu bapa yang telah memberi kerjasama dan bantuan serta sokongan kepada sekolah sehingga kita dapat mencapai prestasi kita sekarang. Sama-samalah kita meningkatkan lagi semua aspek di sekolah kita ini di masa akan datang.
Janganlah kita ada sifat-sifat ini; suka dengar dusta, makan haram, berhukum dengan selain hukum Allah, menghukum secara tidak adil..
Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. [AlMaidah: 42]
Walaupun siri ini mempunyai klip video yang kurang menyenangkan dan akhirnya membawaagenda syi'ah serta terdapat fakta yang boleh dipersoalkan, tetapi bahagian awal siri ini sangat membuka mata dan minda kita.Yang peliknya, hampir semua tanda-tanda Freemason, Kabbalah dan Dajjal yang disebutkan di dalam siri the Arrivals muncul dengan jelas di dalamset Anugerah Juara Lagu 2010.
Soalnya Kenapa? dan Bagaimana boleh berlaku? Adakah kebetulan?
Hukum (hudud) yang ditetapkan Allah bagi jenayah mencuri ialah potong tangan, sebagai hukuman pencegahan dari Allah.
Jika penjenayah bertaubat dan membuat pembaikan, maka Allah menerima taubatnya kerana Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Kadangkala, kita perlu membuat keputusan yang besar dalam hidup.
Samada anda bercadang untuk mengganti (atau menambah) isteri anda, berpindah rumah, memutuskan hubungan dengan tunang anda, atau mencari kerja lain, fikirkan masak-masak. Anda mungkin menyesal setelah mendapati pengganti yang baru tidak sehebat yang disangkakan. Akhirnya, dengan muka tebal terpaksa me’rujuk’ kembali kepada yang asal.
Pengalaman saya ‘bercerai’ dengan syarikat telekomunikasi yang saya langgani sejak saya mengenali telefon bimbit mengajar saya supaya lebih berhati-hati, dan membuat keputusan hanya setelah benar-benar mengenali hati-budi calon pengganti berdasarkan maklumat yang tepat.
Saya nak menceritakan pengalaman saya menukar perkhidmatan Telco tanpa menukar nombor.
Ini pengalaman saya, pengalaman orang lain mungkin agak berbeza. Bagi saya pengalaman saya berada di Telco baru bagaikan indah khabar dari rupa.
Sejak dua tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan dasar MNP, Mobile Number Portability yang membolehkan pengguna khidmat telefon mudah-alih bertukar dari satu syarikat telekomunikasi (telco) ke telco yang lain tanpa menukar nombor. Dengan itu, nombor telefon tidak lagi membayangkan telco yang dilanggani.
Saya telah lama melanggan Telco A tetapi tertarik dengan iklan Telco B yang menawarkan pakej dianggap bagus untuk keluarga dengan semua hal percuma di antara ahli keluarga.
Saya telah membuat ‘porting’ MNP yakni memindahkan semua talian keluarga kami ke Telco B tanpa menukar nombor.
Saya mendapati iklan menarik bagi Telco B tidak menceritakan ‘the whole truth’. Saya juga dapati, ejen Telco B dan staf di Pusat Servis Telco B juga tidak menceritakan the whole truth.
Benar, nombor-nombor supplementary boleh membuat panggilan percuma (dengan had tertentu) kepada sesama mereka sahaja. Tetapi iklan dan penerangan ketika mendaftar tidak menceritakan bahawa semua panggilan ke nombor selain dari beberapa nombor yang didaftarkan di pakej tersebut dicaj 30 sen seminit, mungkin kadar tertinggi postpaid di Malaysia!. Kecuali pengguna yang hanya berada di dunia bawah tempurung mereka, semua pengguna memerlukan panggilan ke nombor lain selain empat atau lima nombor kumpulan keluarga tersebut. Di sini Telco B mengaut keuntungan berlipat ganda.
Tidak juga diterangkan bahawa setiap supplementary line mempunyai had kredit hanya RM100. Tidak diterangkan atau ditawarkan untuk penambahan nilai kredit semasa pendaftaran.
Yang peliknya walaupun pengguna telah mendaftarkan bayaran secara auto-debit dengan kad kredit, sekiranya penggunaan melebihi had kredit, perkhidmatan akan disekat
Yang lebih menyusahkan, penambahan had kredit hanya boleh dibuat di Pusat Servis Telco.
Untuk mengelakkan caj panggilan 30 sen seminit, saya berhajat menukar supplementary line anak dan isteri saya ke talian biasa (main line) Tetapi malangnya, saya dimaklumkan ini tidak boleh dibuat kecuali jika saya bersedia menggantung talian mereka selama dua hari!
Saya juga mendapati talian khidmat pelanggan tidak berkualiti, tidak seperti semasa di Telco A. Ejen-ejen perkhidmatannya, samada di Pusat Servis Telco atau di Talian Khidmat Pelanggan nampaknya bekerja seperti pekerja kerajaan yang sekadar melepaskan batuk di tangga, memberikan standard answers . Tidak kelihatan langsung usaha proaktif untuk menyelesaikan masalah pelanggan, apalagi going the extra mile. Anda tidak akan menerima panggilan susulan mengenai kes anda kecuali apabila anda mengancam untuk bertukar telco, atau membuat salinan emel aduan anda kepada pegawai-pegawai besar mereka.
Akhirnya, setelah beberapa kali kecewa berurusan dengan help’less’line, kaunter dan telefon, akhirnya saya pun terpaksa dengan muka tebal ‘merujuk’ semula kepada telco lama saya.
Jadi, sebelum anda membuat keputusan besar dalam hidup, menggantikan yang sedia-ada kepada sesuatu yang kononnya lebih hebat, lebih cantik, lebih bergaya, lebih menarik, fikir dalam-dalam, semak betul-betul. Jika tidak, anda bakal menyesal dan merana.
Haiwan dicipta oleh Allah untuk “makan, cari makan,berehat, berhibur, tidur. Dan akhirnya mati .. tamat cerita.”
Itulah kisahnya haiwan; lembu, monyet, ikan, itek, ayam dan yang sebangsa dengan mereka. Mereka hidupnya untuk makan, minum bersukaria, bila sampai masanya.. disembelih..atau mati..tamat riwayat, habis kisah!
Tapi kita manusia..itu sajakah yang kita nak buat dan patut buat di dunia ini?
Tamatkah kisah kita, habiskah cerita kita bila kita mati nanti?
Jawapannya tidak!
Bagi kita manusia, kematian tidak menamatkan segalanya.
Mati hanyalah satu transisi ke alam akhirat.
Pintu ke hari akhirat ialah kematian. Semua orang akan mati.
Kematian kita adalah satu fasa dari rentetan perjalanan kita dari perut ibu menuju ke alam akhirat.
Kerana ia adalah sesuatu yang pasti. Ia pasti datang.
Hari ini, esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan mungkin saya, anda, saudara mara dan kawan-kawan kita pasti mati.
Yang pasti datang ialah kematian. Umur tua belum pasti. Usia emas bukan sesuatu yang bakal dimiliki semua orang.
Ingat MATI itu pasti, TUA belum tentu.
Janganlah kita lupa akan destinasi akhir kita ini. Jangan kita dilalaikan oleh kesibukan harian kita dari hakikat ini.
Allah memperingatkan kita:
“ Alhaakumuttakaathur. Hatta zurtumul maqabir...”
“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), SEHINGGA KAMU MASUK KE KUBUR.” Surah Attakaathur:1-2
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Sesungguhnya orang-orang yang kafir, kalau (tiap-tiap seorang dari) mereka mempunyai segala yang ada di muka bumi atau sebanyak itu lagi bersamanya, untuk mereka menjadikannya penebus diri mereka dari azab seksa hari kiamat, nescaya tebusan itu tidak akan diterima dari mereka; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Mereka sentiasa berharap hendak keluar dari api neraka itu, padahal mereka tidak sekali-kali akan dapat keluar daripadanya; dan bagi mereka azab seksa yang tetap kekal. [Surah AlMaidah :36-37]