Berikut adalah satau aturcara bagi satu program Bengkel yang diadakan oleh sebuah Jabatan Kerajaan.
ATURCARA HARI PERTAMA
6.00 pagi | Solat Subuh |
7.00 pagi | Sarapan |
8.00 pagi | Kehadiran para peserta |
8.30 pagi | PEMBENTANGAN I |
Sesi Soal Jawab | |
10.30 pagi | Rehat & Kudapan |
11.00 pagi | PEMBENTANGAN II |
12.15 tgh | Makan Tengahari & solat Zuhur |
2.15 ptg | PEMBENTANGAN III |
4.00 ptg | RUMUSAN HARI PERTAMA |
4.30 ptg | Minum Petang |
Solat Asar | |
Rehat | |
7.00 mlm | Makan Malam |
Solat Maghrib | |
Solat Isha | |
9.00 mlm | BENGKEL |
10.30 mlm | Supper |
Ia aturcara ‘typical’ bagi setiap program kursus, seminar, retreat, persidangan atau latihan yang seumpama itu yang biasanya dianjurkan di hotel-hotel atau resort.
Apa yang anda nampak menonjol dari aturcara tersebut?
Ya.. makan 6 kali sehari; sarapan, kudapan, makan tengahari, minum petang, makan malam dan supper.
Kadang-kadang saya hairan dengan penganjur yang menyediakan begitu banyak sajian. Yang hairan lagi ialah peserta, mereka makan setiap kali masa makan, kalau enam kali makan disediakan, enam kalilah mereka ‘taram’. Kalau teh/kopi disediakan enam kali, enam cawan teh/kopi susu yang mereka teguk.
Puh!! Kat mana nak letakkan semua tu?
Ini tabi’at biasa rakyat Malaysaia. Sudah dibudayakan.
Kita dah budayakan sesi teh tarik di kedai mamak, pekena nasi lemak di waktu malam, bergelas-gelas kopi/the susu diminum sambil bersorak menonton pasukan bolaseak EPL bertarung di wide-screen.
Kesannya, penyakit berasaskan terlebih makan (overeating) menjadi pembunuh nombor satu negara. Kalau di negara miskin Afrika ramai yang mati kerana kurang makan (malnutrition), di Malaysia, kita ramai pulak yang mati terlebih makan (overeating).
Banyak makan akan menyebabkan kegemukan. Kegemukan akan mendatangkan pelbagai penyakit. Kebanyakan penyakit yang berat-berat berkaitan rapat dengan tabiat pemakanan; kencing manis, darah tinggi, serangan jantung, angin ahmar dan sebagainya.
Mengikut kajian Jabatan Nutrisi dan Pemakanan UKM pada tahun 2002, (http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12164473)
“… The National Health Morbidity Survey data revealed that in adults, 20.7% were overweight ..; the prevalence of obesity was clearly greater in women than in men. ..Urban male subjects consumed significantly more energy than their rural counterparts, but this was not the case in women. .. current nutrition and health surveys reveal that Malaysians are already affected by western health problems. The escalation of obesity, once thought to be an urban phenomenon, has now spread to the rural population at an alarming rate. As Malaysia proceeds rapidly towards a developed economy status, the health of its population will probably continue to deteriorate.”
Ya, ia amat merisaukan. Seperti dilaporkan oleh New Straits Times 10 Feb 2010,
“…Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said obesity is becoming the major health issue with the number of obese people almost tripling in the past 15 years from four per cent in 1996 to 14 per cent in 2010. “
Sampai masanya kita review tabiat pemakanan kita.
Kalau kita disogokkan dengan makanan di dalam bengkel, seminar, kursus atau majlis-majlis lain , bertanyalah dulu ..” adakah aku perlu makan?”. Mungkin elok kita ingatkan diri kita pesanan Nabi (saw)yang mengingatkan kita agar “ makan hanya apabila lapar, dan berhenti sebelum kenyang.” Lagipun, sepatutnya “kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan”.
Kebanyakan penyakit manusia bermula dari makanan kita.
ReplyDeleteGarbage in, garbage out...
Ust Aqeel Hayy: "Orang Arab makan sehari sekali aja, tapi makan besar terus. Seekor kibasy, taruk limau Valencia, nasi pilau, syai fi pudina....dua orang pak Arab makan. 30 minit licin!"
ReplyDelete