Thursday, March 17, 2011


Ramai manusia mengurus hidup atas dasar perlu memenuhi expectation dan pandangan orang lain. Secara sedar atau separa-sedar, banyak perkara dibuat kerana takut dengan komentar orang atau apa orang lain kata. Ini dari sekecil membeli handphone, sehingga membeli rumah atau mencari calon isteri/suami!
Tak salah memenuhi expectation ibu, bapa, majikan, suami, isteri, anak etc.
Yang salah, buat sesuatu berdasarkan kekhuatiran tentang apa orang akan kata. 
Nak buat kenduri kecil-kecilan, takut orang kata apa, nak beli kereta tempatan, takut orang kata apa, nak guna HP murah takut orang kata apa, nak pakai baju yang tak 'branded' takut orang kata apa. 
Sepatutnya kita buat sesuatu ikut prinsip hidup kita, ikut keperluan, ikut kemampuan...

No comments:

Post a Comment