skip to main |
skip to sidebar
BERSEDIAKAH KITA?
Bayangkan, hari ini hari kematian kita. Hari ini kita dimandikan, dikafankan, disolatkan, diusung di dalam keranda dan disemadikan di tanah perkuburan..
Bayangkan, hari ini apakah yang terlintas di benak isteri, anak-anak, rakan sekerja, jiran sebelah rumah, rakan seperjuangan yang datang menziarah?
Agaknya jika kita minta mereka tuliskan perasaan dan pandangan mereka terhadap kita, apa yang akan dicoretkan oleh setiap mereka?
Beginikah testimoni mereka?
Kami rindu Ayah
Ayahku seorang bapa mithali, dia menyayangiku dan adik-adikku, Bila ayah pulang kerja, dia sentiasa menunjukkan wajahnya yang ceria.. walaupun aku tahu dia banyak masalah di tempat kerja. Dia sentiasa sentiasa meluangkan mas...a untuk kami,membelai kami, bermain dengan kami dan mengambil berat tentang pelajaran kami. Sekali sebulan,pada hujung minggu kami sekeluarga biasanya akan keluar samaada pergi shopping atau berkelah..
Tunggu kami di pintu Syurga
Suami ku adalah contoh suami dan bapa yang bertanggung-jawab.
Sepanjang perkongsian hidup saya selama 20 tahun, tak pernah sekalipun dia melukakan hati atau tubuh-badan saya.
Dia yang menjadi pemimpin yang bertang...gung-jawab dan benteng rumah-tangga kami. Semua anak-anak dididik dengan sempurna. Dia membudayakan anak-anak ke masjid setiap waktu dan mengimamkan solat kami semua di rumah jika tidak ke masjid. Dia banyak membantu di rumah, dari menyalin lampin sehingga memasak dan menyidai baju
Anak Soleh yang kutangisi
Walaupun dia yang bongsu, dia tidak pernah merasa dirinya istimewa, dan tidak pernah diberi layanan istimewa. Namun, dia seorang yang sangat bertanggung-jawab, sentiasa menjaga agar tidak melukakan hati orang-tuan...ya. Ketika berjauhan Dia menelefon kami dua kali setiap minggu . Bila masa cuti, dialah yang paling rajin membantu di dalam urusan dapor. Solat tak pernah tinggal sejak darjah enam dan pandai membawa diri dengan orang-orang yang lebih tua.
Satu kehilangan besar Syarikat
Dia adalah aset penting kepada syarikat. Seorang yang proaktif dan penuh inisiatif. Sentiasa bersedia membantu , mempunyai skill komunikasi yang baik dan tidak suka menyusahkan orang lain. Mukanya yang sent...iasa senyum sentiasa menceriakan pejabat kami.
Jiran Yang Sebenar
Dia telah melaksanakan tugas jiran dengan sebenarnya. Kami semua kenal dia sebagai seorang yang sangat rajin membantu orang lain, tak kira yang kena musibah, rewang atau pindah rumah. Kami kenal dia sebagai orang masjid.... Tak pernah missed gotomg royong atau rewang. Dialah yang menghidupkan semula rukun tetangga dan persatuan masyarakat di tempat kami. Susah nak jumpa orang macam ni.
No comments:
Post a Comment