Sunday, September 13, 2009

Solat Tarawikh 8 rakaat saja Seperti Nabi??

Saya cukup geram dengan mereka yang meng'impose' pandangan/pendapat/mazhab mereka ke atas orang lain.

Betul kita kena solat seperti Nabi tetapi berbincang tak habis-habis tentang bilangan rakaat Terawih tak mendatangkan manfaat.

Kenapalah kita terlalu sibuk dengan bilangan rakaat tarawih sedangkan banyak
lagi isu besar yang dihadapi umat. Kita patut risau dan prihatin dengan ramai
yang tak terawih pun, yang puasa tapi tak sembahyang fardhu dan ada yang
langsung tak puasa pun, dan mereka yang tidak memanfaatkan ramadhan sebagai
sepatutnya.

Isu bilangan rakaat ni isu lama.

Kita bersifat terbuka dalam menilai dan menghormati pendapat orang lain atau ulama yang diyakini oleh orang lain. Ini perlu dalam semua bab furu'iyah (cabang) yang tidak menyentuh persoalan usul (prinsip contohnya bab aqidah atau pokok hukum syariat).

Dalam bab mazhab fekah contohnya, walaupun kita dibenarkan berpegang kepada mana-mana mazhab fekah yakni menurut pendapat mana-mana imam yang kita
yakini, kita tidak boleh ta'asub (fanatik) sehinggakan menganggap mazhab lain remeh, bid'ah, tidak benar atau sesat. Ini termasuk golongan yang menganggap diri mereka tak bermazhab padahal mereka bermazhab kepada pengarang kitab-kitab dan sheikh yang mereka rujuki.

Perbezaan pendapat dalam memahami tuntutan agama yang berbentuk furu'iyah (cabang) adalah sesuatu yang tabi'i. Kita tidak perlu terkejut dan membuat heboh
mengenainya. Kecuali dalam bab yang terang dan jelas nasnya dan hukum yang diperolehi darinya, maka umat Islam akan berbeza pendapat dalam melihat pelbagai
permasalahan agamanya terutama masalah fekah.

Dalam masalah fekah, kita berbeza pendapat kerana beberapa faktor seperti cara ulama (bukan kita) memahami sumber hukum.. al-Quran, as-Sunnah dan sebagainya, cara memperolehi hukum dari sumber tadi (usul-fiqh) dan cara kita memahami realiti (waqi') semasa kini tentang applikasi hukum berkenaan. Sumbernya sama tetapi pemahaman dan pentafsirannya berbeza .

Oleh itu, kita berlapang dadalah dengan pegangan orang lain asalkan ianya
dipelopori oleh ulama muktabar. Peganglah apa yang anada yakini kuat tetapi
jangan perlekehkan orang lain.

Sebaliknya, kita tumpukan perhatian kita kepada isu-isu lain yang lebih besar
dan mencabar.

Baca huraian selajutnya di:
http://www.freewebs.com/omar60/bab8.htm


Omar

No comments:

Post a Comment