Tuesday, September 29, 2009

Dah Tarian Poco-Poco pulak Sesat..

Ada pihak yang mudah sekali menghukum itu haram, ini sesat tanpa bukti kukuh, tanpa usul periksa.  Contohnya emel mengenai tarian Poco-poco bertajuk..

Re:  AWAS : Tarian poco-poco bawa kepada sesat.. 

Kononnya:

....Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib....

Yang dapat emel ni pulak biasanya akan cepat melatah, cepat melenting, cepat-cepat forward pada orang lain tanpa usul periksa, tanpa memikirkan kemungkinan kita  menyebarkan fitnah/berita bohong/maklumat tak tepat.

Dalam kes tarian poco-poco, mana bukti mengatakan ia berasal dari Filipina dan berunsur kristian? Yang ada maklumat ialah ia berasal dari Indonesia dan tak ada pula dinyatakan unsur kristian.

Jangan cepat menghukum, bila ada unsur 'cross' saja, maka kristianlah asalnya. Kalau macam tu, banyak 'cross' kita jumpa dalam hidup seharian kita... habis semuanya unsur Kristian?

Berbalik kepada Poco-poco, lihat link berikut untuk mengetahui asal usulnya:

http://chittychat.wordpress.com/2009/08/30/the-origin-of-poco-poco/

http://www.theminahasa.net/social/stories/pocopoco.html

Tak ada pun kena mengena dengan agama Kristian.

Tarian ini, sama dengan tarian lain menjadi Islamic atau tidak bukan sebab pergerakan berbentuk salib. Jika ia dibuat dalam bentuk senamrobik sesama wanita atau sesama lelaki tanpa percampuran, tak ada masalahnya. Tetapi apabila berlaku percampuran jantina atau dipertontonkan di khalayak ramai, maka ketika itu menjadi unIslamic.

Misalnya ada majlis rasmi kerajaan yang diserikan dengan wanita-wanita menari poco-poco di pentas. Ini sangat unIslamic, wanita berpakaian kebaya walaupun bertudung terkinja-kinja di pentas.

Berbalik kepada isu asal, berhati-hati menyebarkan berita. Semak dulu apa yang
kita terima, jangan terus tekan butang forward. Jika tidak, kita mungkin membuat
dosa kerana menyebarkan berita bohong.

Sila baca maklumat lanjut bahaya penyebaran berita palsu di:
http://www.freewebs.com/omar62/


Tarian Poco-Poco oleh Pelajar Lelaki di Tokyo

No comments:

Post a Comment