Thursday, September 17, 2009

Nak jual ubat ke nak kaut untung melalui MLM?

Saya tak kisah kalau kawan-kawan nak berniaga, silakan bahkan kita galakkan.

Saya tak kisah kalau kawan-kawan nak berkongsi pengalaman sambil mengajak rakan-rakan lain mencuba petua atau penawar yang tanpa kos seperti bahan-bahan yang boleh dibuat sendiri atau yang boleh dibeli dengan murah.

Tapi saya amat prihatin melihat orang mengambil kesempatan mempromosi pelbagai produk yang mahal tetapi tidak ada bukti saintifik atau sokongan dalil naqli mengenainya. Kebanyakan produk ini dijual melalui sistem MLM.

Allah lebih mengetahui niat mereka. Tetapi dari apa yang zahir, kelihatan hasrat mereka ingin mendapatkan keuntungan melalui skim MLM lebih besar dari hasrat membantu teman yang dilanda malang.

Silakan baca perbincangan lanjut mengenai kemelut MLM produk kesihatan, Yang Mana Kaca Yang Mana Intan di sini:

http://www.freewebs.com/omar63/index.htm

No comments:

Post a Comment