Monday, March 1, 2010

Mari Derma kepada Sekolah Hidayah ...

.... Demi memartabatkan  Pendidikan Islam


Sekolah Islam Hidayah bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) pada tahun 1989.  Mula beroperasi dengan 12 orang pelajar dan 4 orang guru di sebuah rumah teres kediaman di Skudai, Johor Bahru.

Pelbagai kejayaan dicapai oleh sekolah ini.

Bagi Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) yang ditubuhkan pada 1995, namanya tertera di dalam akhbar
the Star, Thursday, Dec 30, 1999 yang  meaporkan prestasi keputusan PMR 1998 di seluruh negara. Inilah prestasi kumpulan sulung pelajar SMIH.

"The religious school with the best results was SM Islam Hidayah where 47 of 53 candidates obtained distinctions in all subjects."  Di harapkan Hidayah mempu mengubah tanggapan negaitif terhadap sekolah Islam.  Malah, Hidayah akan menjadi sekolah contoh baik yang diikuti.

Hidayah mengukir sejarah kejayaan apabila pelajar SMIH Muhammad Anas Mohamad Ghazali cemerlang dengan 12 1A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya dlm SPM 2005.  Anas kini mengikuti kursus perubataan di Mesir dengan tajaan JPA, Abdul Rasyid mengikuti kursus perubatan di Ireland tajaan MARA, Fahim pula mengikuti kursus Perakaunan di UiTM Shah Alam.

Hidayah meneruskan pencapaian cemerlangnya seperti yang dicipta sebelum ini apabila 4 orang pelajarnya berjaya mencapai keputusan 12A dalam peperiksaan SPM 2006. Huzaifah (9 1A, 3 2A), Asyraf (10 1A, 2 2A), Muhammad Siddiq (12 1A), Azma' (9 1A, 3 2A). Utusan Malaysia, 15 Mac 2007.  Huzaifah dan Muhammad Siddiq kini membuat kursus perubatan di Mesir dengan tajaan JPA. Asyraf pula mengikuti kursus Sains Aktuari. Sementara Asma' mengikuti kursus pergigian.

Di Hidayah, anak-anak ditarbiyah untuk sanggup memikul cabaran.  Mereka sentiasa diberi peluang menyerlahkan potensi.  Dengan izzah yang tinggi mereka sedia berdepan dengan mereka yang telah ternama.

Sekolah Islam Hidayah juga mula terkenal di persada antara bangsa.  Pada 24 Okt 2008 sekumpulan 82 orang pelajar dari Sekolah SUMA GAKUEN, JEPUN telah melawat Sekolah Islam Hidayah bersama 7 orang pengiring.  Majlis sambutan dibuat bermula 8 pagi hingga 12 tengahari.  Bertemakan pertukaran budaya Malaysia-Jepun, lawatan ini membuka ruang untuk kedua-dua pihak mengenali budaya dan resepi kecemerlangan masing-masing.
Ini adalah sebahagian gambar yang tertera dalam laman web mereka di http://www.suma.ac.jp/cal_2008/30.html

Pada 29 April 2009, Pendebat SMIH telah dinobatkan sebagai johan dalam debat Bahasa Melayu dan Naib Johan dalam debat  Bahasa Inggeris dalam pertandingan debat antara sekolah-sekolah seluruh Malaysia di UIA Gombak.  Kejayaan seumpama ini merupakan pertama kali dalam sejarah 8 tahun penganjuran debat UIA. 

Pada tahun 2005 sekolah ternama Malay College of Kuala Kangsar (MCKK) pernah mencapai kejayaan di mana kedua-dua  kumpulan pendebat BM dan BI mereka sampai ke peringkat akhir, namun kedua-duanya berakhir dengan hanya mendapat naib johan.

 Debat UIA adalah antara acara debat tahunan yang berprestij.  Banyak sekolah-sekolah seluruh Malaysia, tanpa mengira latarbelakang, akan menghantar kumpulan pendebat mereka.  Debat UIA boleh dikatakan gelangang terbaik untuk setiap sekolah menguji kehebatan pasukan debat masing-masing.



Hampir semua paskan pendebat tersohor dari sekolah berasrama penuh ternama menyertai pertandingan ini termasuklah KISAS (dulu KIK), MCKK, TKC, RMC, STAR, STF, SDAR dan MRSM.  Bagi sekolah biasa tidak ternama, di sini merupakan gelangang terbaik mereka untuk menguji kehebatan pasukan mereka.

Pada 15 Ogos 2009, SMIH dan SRIH telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan SKIPS (Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia , Bahagian Pendidikan Swasta. Majlis penyerahan telah dilakukan di Putrajaya. Pengetua SMIH, Puan Kamaliah Nordin, telah mewakili kedua-dua sekolah untuk menerima anugerah tersebut. Kedua-dua sekolah telah di anugerahkan 4 bintang (maksimum 5 bintang) .


Terima kasih, jazakallu khairan kepada semua ibu bapa yang telah memberi kerjasama dan bantuan serta sokongan kepada sekolah sehingga kita dapat mencapai prestasi kita sekarang. Sama-samalah kita meningkatkan lagi semua aspek di sekolah kita ini di masa akan datang.

Laman web Dana Hidayah: http://dana.hidayah.edu.my 

Laman web Sekolah Hidayah: http://www.hidayah.edu.my/

1 comment:

  1. Terima kasih kerana memberi peluang rakyat melabur saham akhirat...

    ReplyDelete