Saturday, September 26, 2009

Kenapa menyusahkan sedangkan Islam telah permudahkan?

Banyak hadis Nabi (saw) yang menyuruh kita
mempermudahkan, jangan menyukarkan. Kita juga tahu
bahawa apabila berdepan dengan dua perkara yang
kedua-duanya tidak bercanggah syara', baginda
Rasululah (saw) memilih yang mudah di antaranya.

Malangnya, terdapat di kalangan umat Islam yang suka
mempersempitkan atau menyukarkan orang umum
memahami dan mengamalkan Islam.

Berikut beberapa contoh amalan atau pegangan yang
menyukarkan, dibahagikan kepada beberapa kategori.

a. Ada hujjah, pelbagai tafsiran tetapi memilih yang
sukar:

i. Dalam zaman moden ini oleh kerana perjalanan sudah
mudah dan surau masjid di merata tempat, tidak boleh
lagi mengadakan solat jamak atau qasar. Tidak boleh jamak dan qasar
apabila musafir hanya untuk makan angin.
ii. Oleh kerana perjalanan semakin mudah, orang yang
dalam perjalanan tidak lagi dibolehkan berbuka
berpuasa.
iii. Semua musik dan alat musik adalah haram secara
mutlak.
iv. Menukar wang besar dengan sebahagian wang kecil
adalah riba.
v. Tidak boleh bertransaksi dengan ATM kerana tiada
akad.
vi. Wajib menyamak perkakas makanan yang digunakan
oleh orang kafir.
vii. Haram mengambil gambar manusia.

b. Tiada Hujjah!

i. Menyentuh kanak-kanak yang belum bersunat boleh
membatalkan wudhu? atau solat.
ii. Menghafaz sifat 20 ialah fardhu ain sementara
menghuraikan sifat 20 adalah fardhu kifayah.

c. Amalan yang sepatutnya mudah menjadi sukar

i. Menyukarkan jalan untuk pemuda-pemudi berkahwin
dengan maskahwin/hantaran yang tinggi serta persiapan
dan kos majlis yang menyulitkan.
ii. Membudayakan kemestian untuk membuat majlis tahlil
selepas setiap kematian.
iii. Membudayakan wirid yang panjang secara jemaah
selepas setiap solat sehingga menyukarkan jemaah atau
mengganggu jemaah yang masbuk.
iv. Mewajibkan pertukaran 'uniform' i.e. pakaian khas
untuk setiap solat.
v. Memestikan pertukaran nama bagi ?saudara baru?, dan
memaksa mereka menenggelamkan diri mereka ke dalam
budaya ?Melayu?.
vi. Menjadikan membaca 'Surah Sajdah' seolah-olah
wajib pada solat subuh hari Jumaat.

Untuk huraian lanjut sila lihat http://www.freewebs.com/omar60/bab15.htm

1 comment:

  1. Menjadikan membaca 'Surah Sajdah' seolah-olah
    wajib pada solat subuh hari Jumaat.

    ni mmg senantiasa ada dlm hidup, mcm takde surah lain... ish3

    ReplyDelete