Wednesday, February 23, 2011
Cheated by The Roman Army Guys...
I was in Rome, visiting the ruins of the Coliseum..
As I was walking alone with my camera, I met two guys in Roman army paraphernalia complete with mock-up swords, shields and armour. " Hello my friend, where are you from", one of the stocky guy called me. "Malaysia!", I replied. " Oh.. I know, I know, tallest building in the world.. twin tower..yes, nice country...", I felt so pleasantly surprised. My small country way,way in the far east is known to this Roman Soldier wanna be.
I didn't know that the Romans were so friendly and knowledgable, I thought to myself.
"Come, we take photo", he invited me to stand next to him and his pal. Then he called one of the tourists walking by to snap a few photos of the three of us. Then as the guy gave me back my camera, my Roman army 'friend' said, " 20 Euros please!". "What??", I said. "That was for the photo, 10 for me and 10 for him, pointing to his pal. I was dumbfounded. 20 Euros is lot of money, about 80 Ringgit can buy a lot of Kentucky Fried Chicken in my country!
But looking at their well built body and swords (though fake still can inflict damage), I relented.. "I don't have that much money, 5 Euros OK?". " Ok 5 for me 5 for him, OK 10 Euros", he replied. And so I parted with my lunch money.... :-)
Although I was furious just after the incident but now I tell it with a smile when I think of how foolish and gullible I was.
I will not fall for such tricks again.
Thursday, January 20, 2011
The Most expensive Mineral water in the World!
Here is my real tourist story
I was in Naples Italy in 2007, staying at a hotel near the Railway Station.
In the evening I walked around and saw a flea (evening) market. I passed a man selling mobile phones.. just a few on his desk. He called me in his Italian style English.. "Sir, would you like to buy a phone, special price..". I shook my head, showing him my own mobile, "I've got one", I told him.
He opened a box and showed a latest Nokia model, complete with charger and head phones. I thought the actual price was about 150 Euro at least. He put the price at 100 Euro and I said I was not interested.
"Sir, you see here it is still new, complete with manual", he said showing me the small booklet.
He kept offering me to buy and I kept refusing.
He said, " how much you are willing to pay?". I refused to say anything.
He finally said.."OK, you just say how much?". To shook him off, I said, " 20 Euro".
He laughed then said 80, I said 20, he said 60, I said 20 he said 40 and finally 30.. he said he was sorry he cannot go much lower...
Then I thought, if he is wiling to give me the 150 Euro phone for 30 Euro, that is good.. I've got a bargain. So I agreed.
I took out my wallet, dipped my hand into it to take out my 30 Euro. As I was counting my Euros, he ducked down to look for plastic bags. I saw him putting the box into the bag and we exchanged bag with money.
I walked back to my hotel thinking what a good bargain I got today.
Excited, on reaching my room, I opened the box and .....

.... lo and behold...
no phone.. just a 0.5 litre bottle of mineral water ..
Perhaps the most expensive mineral water I ever bought.. :-)
I was in Naples Italy in 2007, staying at a hotel near the Railway Station.
In the evening I walked around and saw a flea (evening) market. I passed a man selling mobile phones.. just a few on his desk. He called me in his Italian style English.. "Sir, would you like to buy a phone, special price..". I shook my head, showing him my own mobile, "I've got one", I told him.
He opened a box and showed a latest Nokia model, complete with charger and head phones. I thought the actual price was about 150 Euro at least. He put the price at 100 Euro and I said I was not interested.
"Sir, you see here it is still new, complete with manual", he said showing me the small booklet.
He kept offering me to buy and I kept refusing.
He said, " how much you are willing to pay?". I refused to say anything.
He finally said.."OK, you just say how much?". To shook him off, I said, " 20 Euro".
He laughed then said 80, I said 20, he said 60, I said 20 he said 40 and finally 30.. he said he was sorry he cannot go much lower...
Then I thought, if he is wiling to give me the 150 Euro phone for 30 Euro, that is good.. I've got a bargain. So I agreed.
I took out my wallet, dipped my hand into it to take out my 30 Euro. As I was counting my Euros, he ducked down to look for plastic bags. I saw him putting the box into the bag and we exchanged bag with money.
I walked back to my hotel thinking what a good bargain I got today.
Excited, on reaching my room, I opened the box and .....

.... lo and behold...
no phone.. just a 0.5 litre bottle of mineral water ..
Perhaps the most expensive mineral water I ever bought.. :-)
Sunday, September 19, 2010
Renungan untuk Pengedar dan Pembeli Produk Kesihatan dan Terapi Alternatif 14 ..Akhir
Penutup
Moga kita dapat benar-benar menilai, yang mana kaca, yang mana intan.
Saya melihat sebahagian kalangan yang memasarkan produk alternatif mereka kadang-kadang menghampiri kepada bentuk yang terdapat seperti yang diwar-warkan di Basilica Lourdes atau di Church of Lady Fatima atau pun orang-orang Hindu yang mandi di Sungai Gangga dengan harapan sembuh.
Walaupun jualan ubat dan terapi alternatif ini tidak khurafat dari sudut syariat, tahap keyakinan kita terhadap ‘bukti’ kebanyakan kaedah dan peranti perubatan alternatif yang dimajukan sangat rendah kerana lagi sekali, hampir sama dengan ketidak-yakinan kita terhadap ‘rawatan air gangga’. Ia tidak cukup kuat dari sudut saintifik. Ia masih bersifat kabur.
Tiada dalil naqli yang sahih diutarakan dan tiada bukti saintifik bersumberkan kaedah kajian tabiat alam yang kukuh dimajukan. Dakwaan yang menyalahi fakta saintifik terus dijaja, maklumat yang menghampiri khurafat seperti penambahan aura dan tenaga dalaman terus digembar-gemburkan.
Hasilnya, pembeli terpedaya dengan pujukan petikan-petikan testimoni terpilih yang mungkin berlaku hanya seratus kali dalam sepuluh ribu pengguna ubat atau kaedah terapi tersebut. Atau pembeli terpesona dengan nama-nama gelaran ‘bombastic’ orang yang merekacipta peranti atau terapi berkenaan.
Terdapat dua pihak di sini.
Pertama, penjual yang tidak telus dan tulus menyatakan sifat barangan atau produk yang dijual, tidak terus-terang menyatakan had atau kelemahan produknya di samping dakwaan keupayaannya.
Kedua, pengguna atau pembeli yang tidak tahu menilai samada produk atau barangan yang hendak dibeli tersebut boleh berfungsi atau beroperasi seperti didakwa oleh sipenjual dengan yakin. Pengguna akhirnya mengeluarkan wang beribu atau beratus ringgit untuk sesuatu yang tidak sebenarnya berfungsi sepenuhnya sebagaimana didakwa, walaupun mereka membelinya dengan penuh keyakinan!
Fair Trading bukan ciptaan baru, bukan dari barat. Ianya telah lama dipelopori oleh syariat Islam. Perlu ditekankan pelaksanaan syariat bermula dari diri dan keluarga, termasuk dalam muamalah dan transaksi jual-beli kita sehari-hari. Malangnya, asas penting dalam jual beli Islam ini sering dikebelakangkan.
Seperti yang saya nyatakan di dalam bahagian pengenalan siri ini, bukan tujuan saya untuk mengganggu-gugat bisness orang yang mahu menjalankan perniagaan dengan tulus dan ikhlas. Yang saya cuba lakukan ialah untuk mengajak pembaca berfikir dan menilai, samada sebagai penjual atau pembeli, sejauh manakah kita menepati kehendak syariat dalam kita menjual atau membeli pelbagai produk, kaedah, peranti yang berada di pasaran.
Allah sahajalah yang Maha Mengetahui Segala-galanya
Tamat
Wednesday, September 1, 2010
Renungan untuk Pengedar dan Pembeli Produk Kesihatan dan Terapi Alternatif 13
Bukti yang kabur dan tidak saintifik!
Cuba kita bandingkan dakwaan kehebatan serta ‘bukti kabur’ yang diutarakan bagi produk-produk kesihatan dan makanan tambahan ini dengan apa yang mungkin boleh dipanggil ‘terapi Lourdes’, atau ‘teknik Lady Fatima’ atau ‘rawatan air Ganga’ atau ‘Sistem Perubatan Lady Fatima’.
Pastinya kita tidak pernah dan tidak akan percaya akan kuasa penyembuhan yang ada pada Sungai Gangga atau Church of Lady Fatima . Walaupun terdapat kes-kes yang sering diceritakan mengenai ‘kejayaan’ penyembuhan, kita yakin bahawa ia tidak cukup signifikan untuk menjadi dalil dan bukti ‘kebenaran’ yang terdapat pada ‘terapi Lourdes’, atau ‘teknik Lady Fatima’ atau ‘rawatan air Ganga’ atau ‘Sistem Perubatan Lady Fatima’.
Islam tidak menerima khurafat ‘terapi Lourdes’, atau ‘teknik Lady Fatima’ atau ‘rawatan air Ganga’ atau ‘Sistem Perubatan Lady Fatima’ bukan sekadar ia bertentangan dengan syariat tetapi ia juga bertentangan dengan hakikat saintifik dan kaedah kajian sistematik tabiat alam.
Ia tidak saintifik. Ia tidak mencapai tahap keyakinan statistik.
Menurut kaedah statistik, ‘bukti’ kejayaan tersebut tidak boleh diterima kerana tidak cukup ‘significant’ yakni kejayaan tidak merupakan kebiasaan, kegagalan pula yang sering berlaku.
Dan kita yakin oleh kerana apa yang dibuat dalam Terapi Gangga atau di Church of Lady Fatima tidak sesuai dengan syariat Allah, ‘statistical significance’ tidak mungkin akan berlaku. Hukum Allah dalam syariat-Nya tidak mungkin bercanggah dengan hukum Allah dalam alam semesta.
Salah satu konsep saintifik dalam mengesahkan sesuatu jumpaan sains ialah ‘repeatability’ atau ‘kebolehulangan’. Ini bermakna, sesuatu itu dianggap benar dan diyakini sekiranya ia berlaku secara berulang-ulang; bukan sesuatu yang jarang-jarang berlaku.
Misalnya bola yang dibaling ke udara akan jatuh semula ke bumi. Misal lain, air laut masin dan menyebabkan karat pada besi. Ini semua hukum alam (sunnatullah) yang berulang-ulang dan diyakini boleh berlaku secara pasti, kecuali kes-kes pengecualian khas seperti mukjizat,karamah dan seumpamanya yang amat jarang sekali berlaku.
Apa juga dakwaan untuk penyembuhan atau keberkesanan produk kesihatan juga perlu mencapai tahap repeatability sedemikian. Hanya dengan tahap keyakinan sedemikian baru kita layak mendakwa keberkesanan dan keupayaan produk yang kita jual atau kita boleh percaya dengan produk yang kita beli.
Sunday, August 29, 2010
Renungan untuk Pengedar dan Pembeli Produk Kesihatan dan Terapi Alternatif 12
‘Bukti’ berdasarkan pengalaman seseorang individu selebriti atau ‘kesembuhan’ penyakit kronik.
Di samping testimoni terpilih, satu perkara lain yang hampir sama juga sering diutarakan oleh ejen penjual produk atau terapi kesihatan iaitu kisah kejayaan secara petikan kisah yang menakjubkan. Biasanya ia berbentuk petikan satu peristiwa yang tertonjol mungkin kerana status selebriti yang terlibat atau mungkin kerana ‘kesembuhan’ berlaku bagi penyakit yang kronik.
“Mr X yang mengidap lumpuh selama 20 tahun dapat berjalan semula sesudah memakan serbuk ini selama satu minggu!”... “ Seorang artis yang disahkan oleh doktor mengidap kanser payudara kini sihat seperti sedia kala apabila mengamalkan meminum kopi ini”.
Ia sama seperti testimoni terpilih, menggembar-gemburka n ‘kejayaan’ yang sedikit berbanding beratus kegagalan. Cuba bandingkan gembar-gembur ‘kejayaan’ ini dengan apa yang berlaku di kalangan orang-orang bukan Islam.
Kita lihat contoh apa yang dibuat oleh mereka di Bandar Fatima di Portugal, Sungai Gangga di India dan Basilica Lourdes di Perancis.
Church of Lady Fatima di Portugal sering dikunjungi oleh pesakit yang mengharapkan kesembuhan. Kononnya, di bandar Fatima ini, Maryam ibu Nabi Isa pernah muncul pada awal abad ke 20. Berbondong-bondonglah manusia dari seluruh dunia mencari keampunan dan kesembuhan, mengharapkan mukjizat. Lagi sekali, memang terdapat kes yang sering diceritakan bahawa ibu sifulan atau anak sifulan yang sembuh dari beberapa penyakit kronik. Inilah juga yang digembar-gemburkan sedangkan kisah 99% pengunjung lain yang tidak memperoleh apa-apa kesan disenyapkan.
Di antara kisah yang menarik ialah kesembuhan kepada suami Presiden Arroyo Macapagal.
Pada bulan Jun 2007, Presiden Filipina (ketika itu) tersebut dilaporkan sebagai mengunjungi Church of Lady Fatima untuk mengucapkan kesyukuran di atas kesembuhan bagi suaminya Jose Miguel Arroyo yang mengidap sakit jantung.(lihat: Arroyo in Fatima thanks Our Lady for husband’s cure http://newsinfo. inquirer. net/breakingnews / nation/view_ article.php? article_id= 69721)
Adakah dengan peristiwa kesembuhan Encik Jose Miguel Arroyo meyakinkan kita bahawa lawatan ke Church of Lady Fatima mendatangkan kesembuhan?
Jika kisah ‘kesembuhan’ seseorang selebriti boleh dijadikan ukuran kebenaran sesuatu ubat atau terapi, maka bolehlah dikatakan bahawa ‘kejayaan’ Church of Lady Fatima di Portugal menyembuhkan suami Presiden Arroyo Macapagal ‘membuktikan’ kebenarannya!
Pasti kita tidak boleh menerima hujjah atau 'bukti' sedemikian.
Pada bulan Januari 2007, berjuta-juta (mengikut satu laporan di BBC 60 juta orang!! Lihat http://news.bbc.co.uk/2/hi/south_asia/6274871.stm) orang Hindu dari seluruh dunia bertumpu ke Sungai Gangga di Utara India.
Mereka datang dari pelbagai pelusuk dunia, melaksanakan beberapa ritual di Sungai berkenaan dan membawa balik airnya dengan beberapa harapan; diampunkan dosa, dimakbulkan doa dan disembuhkan penyakit.
“Pilgrims bathed in the Ganges and took the water home with them from a belief in its curative and protective properties” (The Ecology and Cosmology of Disease in the Banaras Region: http://content.cdlib.org/xtf/view?docId=ft6p3007sk&doc.view=content&chunk.id=d0e12404&toc.depth=1&anchor.id=0&brand=ucpress)
Memang benar, terdapat kisah (anecdotes) bahawa ada segelintir di kalangan jutaan manusia tersebut yang sembuh dari beberapa penyakit setelah kembali ke kampung halaman. Kisah-kisah ini menjadi buah mulut, menambah populariti ‘Sungai Gangga’.
Manusia yang dalam kesakitan buta kepada fakta bahawa jutaan pengunjung lain tidak memperoleh apa-apa kesembuhan.
Di Bandar Lourdes di Perancis pula, terdapat kolam matair yang juga dikatakan mempunyai mukjizat menyembuh penyakit kronik. Pelbagai kisah di utarakan mengenai ‘kehebatan’ mukjizat ini yang juga dikaitkan dengan kehadiran Maryam Ibu Nabi Isa di situ pada penghujung abad ke 19, misalnya lihat: MIRACLES OF LOURDES, http://www.olrl.org/stories/lourdes.shtml
Dianggarkan 4-6 juta pengunjung setahun mendatangi Lourdes untuk kesembuhan pelbagai penyakit kronik ,( http:// www.sacredsites.com/europe/france/lourdes.html)
Berapa orangkah yang sembuh dari penyakitnya?
Mengikut laporan di dalam Student BMJ (terbitan British Medical Association), ramai orang mengaku sembuh akibat air kolam 'mukjizat' Lourdes. Namun, kajian saintifik yang dijalankan mendapati secara purata hanya 1.3 orang setahun (ya, tak sampai dua orang daripada jutaan pengunjung setahun) memperolehi kesembuhan yang mungkin boleh dikaitkan dengan penggunaan matair tersebut. (lihat http://student.bmj.com/issues/02/02/life/33.php). Pihak Gereja sendiri hanya mengakui hanya 66 kali 'mukjizat' berlaku dalam tempoh lebih 100 tahun sejak 1858!
Adakah anda boleh yakin dengan sesuatu yang berjaya menyembuhkan 2 orang daripada berjuta orang yang mengunjunginya setahun?
Pasti anda katakan: “Tidak!”.
Tetapi percayalah, bagi pembela ‘terapi Lourdes', atau ‘rawatan air Gangga’ atau ‘Sistem Perubatan Lady Fatima’ ianya sudah cukup untuk diwar-warkan sebagai ‘bukti’ yang boleh menyemarakkan keyakinan pengguna keberkesanan produk mereka, lantas membolehkan mereka terus mengaut keuntungan berganda.
Begitu juga dengan penjual ubat, makanan kesihatan, penapis air, tonik, peranti urut, tilam, .. semuanya mengaku produk mereka boleh menyembuhkan.. walaupun mungkin hanya dua tiga orang pernah sembuh daripada beribu yang membeli dan menggunakannya.
Saturday, August 21, 2010
Renungan untuk Pengedar dan Pembeli Produk Kesihatan dan Terapi Alternatif 11
Testimoni Pengguna terpilih! Adakah ini bukti saintifik, adakah ini dalil aqli?
Oleh itu, testimoni sedemikian tidak boleh diterima sebagai bukti yang meyakinkan, bukan sesuatu yang melebihi tahap dzhann, jauh dari menghampiri tahap yakin.
Kaedah paling popular meyakinkan bakal pembeli ialah 'testimoni terpilih' (selected testimony). Ada yang mengutarakan testimoni secara VCD, kaset audio, emel, laman web, petikan surat atau 'pengakuan' dalam edaran risalah.
Adakah testimoni sedemikian boleh dianggap sebagai bukti kukuh? Adakah testimoni sedemikian boleh menjadikan dakwaan keberkesanan ubat atau produk mencapai tahap ‘yakin’?
Kebanyakan ‘testimoni’ seperti di atas bukan bukti aqli.
Ia bukan bukti saintifik tetapi hanyalah petikan ‘beberapa kejayaan’ tanpa menjelaskan peratus kejayaan berbanding kegagalan.
Tidak diterangkan bahawa bilangan ‘kejayaan’ itu kecil berbanding ribuan ‘kegagalan’ di mana ramai pengguna tidak memperoleh apa-apa kesan daripadanya kecuali kehilangan wang!
Tektik 'not telling the whole truth' digunakan, yang gagal tidak dinyatakan, yang 'berjaya' digembar-gemburkan.
Adakah tektik ini berpaksikan hukum Islam?
Tidak dinyatakan jumlah sampel, tidak diberikan samada sipengguna yang berjaya hanya sanya menggunakan bahan atau produk berkenaan tanpa dicampuradukkan dengan penggunaan pelbagai ubat dan terapi yang lain.
Dari segi ilmiah, mengikut kaedah ilmu statistik, sekadar cebisan pengalaman baik segelintir pengguna yang sering diutarakan di dalam testimoni tidak boleh dijadikan dalil, hujjah atau bukti.
Ianya tidak ‘signifikan’ dan tidak saintifik kerana tiada bukti kesembuhan timbul ‘hanyasanya’ kerana penggunaan produk atau terapi berkenaan.
Dalam banyak keadaan, kesembuhan atau kemujaraban mungkin berlaku ketika sipesakit mengunakan pelbagai penawar, menjaga pemakanan dan mempunyai tahap kekuatan mental (mental strength) yang berbeza. Sejauh mana dapat dipastikan bahawa hanyasanya terapi atau produk berkenaanlah yang menyebabkan kesembuhan tersebut?
Bagaimana boleh seseorang dengan yakin mengaku atau mendakwa atau membayangkan bahawa produknya memang akan membawa kesembuhan bagi kes penyakit yang sama?
Oleh itu, testimoni sedemikian tidak boleh diterima sebagai bukti yang meyakinkan, bukan sesuatu yang melebihi tahap dzhann, jauh dari menghampiri tahap yakin.
Lain kali ejen penjual cuba menjual produknya dengan menggunakan kaedah testimoni terpilih kepada anda, tanyakan ada beliau sendiri yakin bahawa testimoni ini betul-betul dibuat oleh orang berkenaan?
Tanyakan adakah beliau yakin tiada kemungkinan testimoni tersebut direka dan dikarang sendiri oleh syarikat yang nak mempercepatkan jualan produknya?
Tanyakan adakah beliau tahu dengan pasti berapa peratus testimoni kejayaan ini berbanding jumlah pengguna yang telah menggunakan produk beliau.
Tanyakan berapa sampel yang disoal-selidik, apakah instrumen yang digunakan dalam soalselidik tersebut?
Tanyakan tidakkah pelik tiada testimoni yang negatif?
Adakah beliau tahu berapa peratus testimoni yang memberikan pandangan negatif terhadap produk tersebut?
Jika ia penjual yang ikhlas, yang kuat berpegang kepada prinsip agama dalam mu'amalah jual-beli, jika ia faham bahawa menyebarkan sesuatu tanpa bukti kukuh dilarang agama, maka pasti beliau tidak akan terlalu beria-ia mempertahankan produknya.
Ia tahu bahawa tektik 'not telling the whole truth' untuk melariskan produknya bertentangan dengan ajaran Islam.
Thursday, August 19, 2010
Renungan untuk Pengedar dan Pembeli Produk Kesihatan dan Terapi Alternatif 10
Jangan berhujjah dengan ketokohan perekacipta, apa lagi jika gelaran ‘tokoh’ itu sendiri diada-adakan
Peribadi seseorang bukan hujjah. Manusia bukan hujjah. Kita tidak boleh menerima bulat-bulat sesuatu hanya kerana ia dikatakan oleh sifulan atau sifulanah walau bagaimana besar dan tinggi pangkatnya. Kita mesti minta bukti, naqli atau aqli.
Dalam urusan agama, kita tidak boleh menerima sesuatu amalan atau pendapat jika tidak dilandaskan kepada nas dan dalil; aqli atau naqli. Kita tidak boleh menerima bulat-bulat pendapat/pandangan yang dibawa oleh seorang ustaz atau tokoh dalam hal ibadat tanpa mempersoalkan dalil dan hujjah beliau serta kaedah atau cara beliau menyokong pendapat beliau, samada sesuai dengan kaedah (saintifik) usul-fiqh ataupun tidak.
Begitu juga dalam hal muamalat, dalam hal menilai produk, peranti, terapi, teknik, bahan atau ubat komplementari, kita tidak boleh berhujjah hanya dengan ketokohan siperekacipta, apa lagi jika 'ketokohan' itu dicipta sendiri oleh siperekacipta dan orang-orang disekelilingnya.
Bolehkah kita berhujjah dengan menggunakan nama seseorang? Adakah cukup jika kita kata pembeli perlu yakin dengan produk berkenaan hanya kerana perekacipta peranti (device), produk kesihatan atau makanan tersebut adalah seorang doktor atau profesor? Atau kerana ada doktor dan profesor yang telah menjadi penjual atau pelanggan?
Peribadi seseorang bukan hujjah. Manusia bukan hujjah. Kita tidak boleh menerima bulat-bulat sesuatu hanya kerana ia dikatakan oleh sifulan atau sifulanah walau bagaimana besar dan tinggi pangkatnya. Kita mesti minta bukti, naqli atau aqli.
Dalam urusan agama, kita tidak boleh menerima sesuatu amalan atau pendapat jika tidak dilandaskan kepada nas dan dalil; aqli atau naqli. Kita tidak boleh menerima bulat-bulat pendapat/pandangan yang dibawa oleh seorang ustaz atau tokoh dalam hal ibadat tanpa mempersoalkan dalil dan hujjah beliau serta kaedah atau cara beliau menyokong pendapat beliau, samada sesuai dengan kaedah (saintifik) usul-fiqh ataupun tidak.
Bahaya fenomena menerima tanpa soal saya huraikan dengan lanjut di sini: http://www.freewebs.com/omar60/bab7.htm
Begitu juga dalam hal muamalat, dalam hal menilai produk, peranti, terapi, teknik, bahan atau ubat komplementari, kita tidak boleh berhujjah hanya dengan ketokohan siperekacipta, apa lagi jika 'ketokohan' itu dicipta sendiri oleh siperekacipta dan orang-orang disekelilingnya.
Kadangkala, mereka menggunakan gelaran ‘Profesor’, ‘Dr.’, ‘Mahaguru’ etc. kepada siperekacipta ubat atau terapi tersebut, tanpa membuktikan Universiti mana yang menganugerahkan gelaran tersebut. Ada kemungkinan gelaran atau anugerah tersebut dicipta sendiri oleh siperekacipta yang kononnya ternama itu.
Memperagakan tokoh atau nama seseorang semata-mata tidak boleh diterima sebagai hujjah, baik dalam hal-hal ibadah atau muamalat. Nama atau ketokohan seseorang, sekiranya tidak disokong dengan hujjah aqli atau naqli, tidak membawa apa-apa makna.
Sunday, August 15, 2010
Renungan untuk Pengedar dan Pembeli Produk Kesihatan dan Terapi Alternatif 9
Contoh ‘bukti’ atau ‘hujjah’ yang sering diutarakan oleh penjual
Anda nilailah sendiri.
Kita lihat bahawa kebanyakan di antara ‘bukti’ yang diutarakan berbentuk tidak kukuh, tidak melepasi tahap keyakinan, tidak dapat dipertanggungjawabkan malah kadang-kala berunsur ‘penipuan’.
Semalam saya mendapati dalam kotak surat saya satu risalah promosi 'ubat herba' bagi kesihatan wanita. Di bahagian belakang risalah tersebut, tertera 'bukti' keberkesanan ubat tersebut dengan menyenaraikan testimoni pengguna yang kononnya telah berjaya setelah menggunakan produk berkenaan.
Testimoni terpilih (selected testimony) ialah salah satu kaedah yang sering dikemukakan dalam hal produk-produk kesihatan, terapi alternatif dan makanan tambahan. Soalnya, adakah ia sesuai dengan neraca Islam, memenuhi syarat dalil naqli atau hujjah aqli ?
Cuba kita petik di antara ‘bukti’ atau hujjah aqli yang lain yang sering digembar-gemburkan oleh ejen-ejen pemasaran produk-produk ini.
- Rakan saya kata ia mujarab dan menyembuhkan penyakitnya.
- Pak Cik saya yang lumpuh dapat berjalan semula.
- Lihat ini senarai pesakit yang telah sembuh setelah menjalani terapi ni.
- Kawan dia kata emak dia pun sembuh sepenuhnya lepas minum jus ini.
- Ubat ini berasal dari Amerika atau Eropah atau Jepun.
- Produk ni dihasilkan oleh seorang Doktor atau Profesor.
- Pencipta ubat ini telah dianugerahkan gelaran Mahaguru/Profesor (..oleh siapa?)
- Datuk Dr. Mamat pun sekarang dah jadi ejen, tentu betul ubat ni bagus.
- Syarikat ni adalah ahli kepada Persatuan Perubatan Terapi Gabungan Sedunia (satu nama yang nampak glamor tetapi sebenarnya tidak wujud atau persatuan kedai kopi saja).
- Hasil penyelidikan mengenai produk ini diterbitkan di Jurnal Perubatan Alternatif Antarabangsa (lagi sekali satu Jurnal (konon) yang nampak glamor tetapi sebenarnya tidak wujud atau jurnal kedai kopi saja)
- Lihat VCD/CD ni bukti testimoni pengguna yang telah berjaya sembuh.
- Ubat ni dah ada kat internet, tentu bagus punya.
- Peranti penjimatan minyak (fuel saving device) ini telah diuji di SIRIM, TESTED BY SIRIM!. (Tidak dinyatakan atau ditunjukkan bahawa hasil ujian SIRIM tersebut tidak pun memberi kesimpulan positif kepada penggunaan peranti tersebut)
Anda nilailah sendiri.
Sudahkah 'bukti' yang di atas itu menepati neraca Islam untuk dalil aqli atau naqli? Adakah ia mencerminkan keikhlasan, kejujuran dan ketelusan yang ditunutut dalam transaksi jual-beli Islam?
Kita lihat bahawa kebanyakan di antara ‘bukti’ yang diutarakan berbentuk tidak kukuh, tidak melepasi tahap keyakinan, tidak dapat dipertanggungjawabkan malah kadang-kala berunsur ‘penipuan’.
Kadang-kadang ejen-ejen ini menyembunyikan hasrat sebenar dalam hati kecil mereka iaitu " ..saya lihat kawan saya tu dah jadi kaya dengan menjual produk ini, saya pun nak kaya juga macam dia, jadi awak cubalah, kalau awak beli saya akan dapat komisyen, awak..entahlah mujarab atau tidak, itu belakang kira lah..."
Tuesday, August 10, 2010
Renungan untuk Pengedar dan Pembeli Produk Kesihatan dan Terapi Alternatif 8
Pembuktian mesti ke tahap Yakin, jangan menyeleweng dari fakta yang dimaklumi umum.
Jika anda pembeli, pastikan kesahihan semua dakwaan. Jika anda penjual, bawalah bukti dan hujjah anda dengan jujur; bawa dalil naqli dan aqli.
Kes minuman tongkat Ali yang dihuraikan di dalam Laporan Khas Berita Harian dalam posting ke 7 lepas jelas menunjukkan perlunya kita berhati-hati dengan dakwaan tidak berasas, tanpa bukti oleh penjual yang ingin mengaut keuntungan.
Jika anda pembeli, pastikan kesahihan semua dakwaan. Jika anda penjual, bawalah bukti dan hujjah anda dengan jujur; bawa dalil naqli dan aqli.
Melalui dalil aqli, sekiranya seseorang ingin mendakwa keberkesanan sesuatu produk, maka ia perlu membuktikan ke tahap yang yakin, atau setidak-tidaknya dzhan.
Anda perlu buktikan bahawa tahap keberkesanan atau kemujaraban sesuatu penawar atau terapi tersebut melebihi 75%. Ini bermakna,keberkesanan perlu berlaku pada sekurang-kurangnya 8 orang dari 10 orang yang mencubanya.
Jika anda tidak mempunyai tahap keyakinan ini dalam produk anda; anda berdusta jika mengatakan produk yang anda jual boleh melakukan itu dan ini.
Dakwaan keupayaaan produk juga mesti tidak tersasar daripada fakta dan teori saintifik yang telah diterima umum kebenarannya. Misalnya terdapat satu produk penapis air yang mendakwa boleh memecahkan molekul air kepada yang lebih kecil.
Ini jelas palsu kerana molekul air H2O tidak boleh dikecilkan lagi melainkan menjadi atom hidrogen dan oksigen! Malangnya fakta 'bombastik' tetapi menyeleweng sedemikian digunakan bagi menipu ‘orang kampung’.
Dakwaan yang bukan-bukan juga ialah dengan membawa konsep ‘aura’ atau ‘energised’. Ini adalah sesuatu yang berdasarkan sangkaan dan , hampir serupa dengan kepercayaan karut 'karma' atau ‘feng shui’ yang sering diamalkan oleh manusia yang tidak mempunyai neraca Islam.
Air adalah air. Tenaga hanya wujud dalam bentuk-bentuk tertentu; tenaga kinetik, upaya, thermal dan seumpamanya. Jika tenaga diberikan kepada air ia tidak dapat menyimpannya kecuali dalam salah satu bentuk yang termaklum. Air yang sekadar melalui sebuah penapis tidak mungkin dapat di’tenaga'kan atau ditambah tenaga.
Saturday, August 7, 2010
Renungan untuk Pengedar dan Pembeli Produk Kesihatan dan Terapi Alternatif 7
Khasiat Kopi Tongkat Ali di pasaran tidak memadai
Menurut Laporan Khas oleh Azrul Affandi Sobry dalam Berita Harian bertarikh 9 Mei 2007 yang bertajuk „kopi tongkat ali kurang khasiat kesihatan“ bahawa kebanyakan produk kopi campuran tongkat ali di pasaran didapati hanya mengandungi terlalu sedikit ekstrak herba itu dan langsung tidak memberi faedah kesihatan atau khasiat tambahan seperti yang didakwa pengeluarnya.
Kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) terhadap 10 jenama kopi tongkat ali popular di pasaran mendapati tujuh daripadanya mengandungi hanya 0.25 peratus hingga 1.6 peratus ekstrak herba itu dan tidak cukup untuk memberi manfaat kesihatan.
Pengarah Program Tumbuhan Ubatan FRIM, Dr Rasadah Mat Ali, berkata kandungan bahan aktif tongkat ali dalam minuman berkenaan pula hanya antara 0.0039 peratus hingga 0.0246 peratus atau 7.8 nanogram (ng) hingga 49.3ng, jauh daripada paras yang dapat memberi manfaat kesihatan.
Manusia normal yang berhasrat memperoleh khasiat tongkat ali perlu sekurang-kurangnya mengambil satu miligram (mg) bahan aktif tongkat ali bagi setiap kilogram (kg) berat badannya atau tidak lebih 3mg bagi setiap kg berat badan, sehari.
Pengarah Program Tumbuhan Ubatan FRIM, Dr Rasadah Mat Ali, berkata kandungan bahan aktif tongkat ali dalam minuman berkenaan pula hanya antara 0.0039 peratus hingga 0.0246 peratus atau 7.8 nanogram (ng) hingga 49.3ng, jauh daripada paras yang dapat memberi manfaat kesihatan.
Manusia normal yang berhasrat memperoleh khasiat tongkat ali perlu sekurang-kurangnya mengambil satu miligram (mg) bahan aktif tongkat ali bagi setiap kilogram (kg) berat badannya atau tidak lebih 3mg bagi setiap kg berat badan, sehari.
Contohnya, jika seseorang yang mempunyai berat badan 80kg, dia memerlukan minimum 80mg ekstrak tongkat ali sehari jika mahu memperoleh faedah daripada herba itu.
“Satu mg bersamaan dengan sejuta ng dan ini jelas menunjukkan kandungan ekstrak tongkat ali dalam kopi campuran yang diuji tidak sampai satu mg dan jauh lebih rendah daripada kadar minimum yang diperlukan.
“Justeru, penggunaan tongkat ali dalam minuman kopi campuran berkenaan sebenarnya tidak banyak membantu memberi manfaat daripada segi kesihatan, malah mungkin sia-sia saja,” kata Rasadah dalam satu temu bual dengan Berita Harian, di sini.
Rasadah berkata, tiga lagi jenama kopi campuran tongkat ali yang diuji FRIM gagal mengesan sebarang kandungan ekstrak bahan itu, mungkin kerana jumlahnya terlalu kecil atau memang tiada langsung bahan berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

