Sunday, November 15, 2009

Hendak Ke Mana Anda? 8

Masa untuk berfikir sebenarnya ada.. tetapi kita
sendiri yang menyemakkannya dengan pelbagai hal dan
benda.

Banyak masa luang tetapi kita habiskan dengan perkara
yang tidak bermanfaat bagi kita.

Kalaulah  boleh kita kurangkan semak dalam kehidupan
kita,
..  kalaulah boleh kita kurangkan kesibukan diri
kita,
..kalaulah kita kurangkan frequency menekan
punat remote-control TV atau VCD player atau stereo
kereta,
..kalaulah kita boleh kurangkan kehadiran
kita di pelbagai pesta dan karnival...
..kalaulah kita boleh kurangkan berbual kosong di Facebook,
Friendsters atau YM, Skype dan seumpamanya.

...pasti kita ada masa memikirkan masa depan dan hala
tuju hidup kita.
...pasti kita boleh membezakan cara hidup kita dengan
orang  kafir.
...pasti kita  boleh mengenalpasti beza hidup manusia
dengan haiwan
...pasti kita boleh keluar dari rutin atau kitaran
“makan ..cari makan.. BERHIBUR.. tidur..”

Mari kita renungkan tentang perbezaan cara haiwan dan
cara manusia:

Jika difikirkan betul-betul perbezaan utama di antara
manusia dengan haiwan ialah:
.. mereka ada otak tapi tiada akal…mereka hidup hanya
mengikut nafsu dan naluri (instinct) mereka sahaja. 

Naluri  haiwan dan unggas telah diprogramkan oleh
Allah yang Maha Pencipta untuk melakukan apa yang
sepatutnya dilakukan. 

Naluri inilah yang membolehkan haiwan misalnya:
-    menyayangi,melindungi dan mempertahankan anak
mereka,
-    bertindak  secara berkumpulan tanpa memerlukan
arahan  dari ketua, 
-    tahu menjejaki langkah mereka sendiri,  mempunyai
sistem kommunikasi dan deria yang termaju. 

Mereka makan apabila lapar, membunuh jika perlu  dan
mengawan untuk survival mereka. 

Naluri inilah yang membolehkan  burung-burung tahu
menganyam sarang mereka yang kompleks,  boleh
mengembara  beribu batu tanpa sesat .    Semua
keupayaan yang menakjubkan  ini adalah naluri,instinct
yang diwahyukan Allah. 

Jika diteliti, kita akan mendapati tidak ada cara bagi
haiwan memperoleh  keupayaan hebat ini selain daripada
diwahyukan atau diajarkan oleh Allah.  Oleh itu,
kehebatan binatang membayangkan kehebatan dan
keagungan Allah.

Kalau kita boleh luangkan masa dari bergosip, kalau
kita boleh kurangkan chatting dan YM, kita mungkin ada
lebih masa depan komputer.  Dengan masa luang itu,
cuba  layari laman web Harun Yahya yang mengajak kita
berfikir, antaranya mengenai  keajaiban penciptaan
haiwan sebagai bukti keagungan Allah Yang Maha
Pencipta.

Lawatilah:

http://www.harunyahya.com/

Semoga Allah memberi kita masa untuk memikirkan kehebatan dan keagungan-Nya.

No comments:

Post a Comment