Pastinya rutin harian kita berbeza dengan rutin
kehidupan haiwan, atau dengan manusia yang bukan
Muslim.
Sepatutnya berbeza. Sewajarnya berbeza.
Kadang-kadang dalam kesibukan hidup ini, kita tidak
sempat untuk berfikir isu-isu begini.
Kita sibuk dan kita disibukkan atau kita menyibukkan
diri kita sendiri!
Kita mungkin sibuk kerana kita hanya berfikir tentang
'cari makan atau mencari duit untuk makan dan perkara
yang berkisar disekitarnya .. kerjaya, kontrak, naik
pangkat, perniagaan, kebun...'.
Itu menjadi agenda utama hidup kita seharian. Itu yang
terdetik di fikiran kita apabila kita membuka mata di
waktu pagi. Itu juga mungkin yang menjadi bahan
lamunan kita ketika hampir melelapkan mata.
Kita mungkin disibukkan atau menyibukkan diri dengan
bahan hiburan yang tiada penghujung. Buka mata pasang
radio.. sibuk dengar lagu, masuk kereta.. sibuk dengar
musik, masuk ofis.. sibuk dengar gossip, balik..dalam
kereta.. sibuk lagi dengar lagu.., malam.. sibuk
tengok TV, tengok wayang dan pelbagai lagi..
Masa bilalah boleh kita peruntukkan sedikit masa untuk
memikirkan perkara yang besar dan penting bagi kita?
Sambil anda berada di depan komputer, rehatkan mata
anda. Pejamkan mata dan bayangkan jawapan bagi
persoalan ini. Sambil anda berada di dalam
pengangkutan awam, pejamkan mata anda dan jawab
persoalan ini. Ketika anda di rumah sebelum tidur dan
cuba melelapkan mata, bayangkan seketika persoalan di
bawah. Sambil anda memandu, perlahankan sedikit hi-fi stereo kereta anda
dan bayangkan bagaimana kita boleh mendapatkan jawapan
kepada persoalan ini.
“Apa beza hidupku dengan kehidupan haiwan? Berbezakah
hidupku dengan haiwan?”
“Apa beza hidupku dengan hidup orang kafir?
Berbezakah hidupku dengan orang kafir??”
“ Hendak ke mana aku sebenarnya dalam hidup ini?”
" Ke mana aku selepas matiku nanti? "
peruntukan mase yg ade dgn muhasabah diri..
ReplyDeletecukup 5 minit sebelum membuat kerja..
pikir balik kesilapan.. ataupun pikir ape yg kite wat dlm hidup..
sy ade terbace.. "muhasabh la diri sebelum tido dgn memikirkan ape yg telah kite buat sepanjang hari".. berapa byk ibadah kite sehari itu.. berapa byk kesalahan yg telah kite buat...
dan ustazah sy sentiasa berpesan.. sentiasa lah ingat mati...waallahualam..