Sunday, October 4, 2009

Pedoman Juzu', Hizb, Rubu' AlQuran

Mushaf Al-Quran Rasm Usmani dibahagikan kepada 30 juzuk. Setiap juzuk dibahagi kepada dua bahagian (hizb).  Setiap hizb dibahagi kepada 4 rubu’. 

Juzuk, hizb dan rubu’ ini ditandakan dengan jelas dengan 'bintang' pada hujung ayat dan nombor hizb atau rubu’ berkenaan pada tepi mukasurat. 






Tanda-tanda ini boleh digunakan untuk dua tujuan. 

Pertama, sebagai petanda jalan (milestones) untuk mengetahui kedudukan bacaan anda.  Jika anda melihat hizb 20, maknanya anda berada di bahagian kedua juzu’ 10.  Jika berada di ¾ rubu’ 11, maknanya ada menghampiri pertengahan juzuk ke 6.

Kedua, panduan ini boleh digunakan sebagai sasaran bacaan alquran harian untuk khatam dalam tempoh tertentu:

 Khatam sekali sebulan : Baca 1 Juzuk sehari
 Khatam dua bulan sekali : Baca 1 Hizb sehari
 Khatam empat bulan sekali: Baca 2 Rubu’ sehari
 Khatam lapan bulan sekali: Baca 1  Rubu’ sehari.


Semoga memudahkan kita mendampingi alQuran.

p.s. untuk satu analisis menarik mengenai kedudukan juzuk, hizb dan rubu' di dalam mushaf, sila lihat di sini:


http://pedpharm.blogspot.com/2008/09/secret-of-quarters-page-numbers-in-holy.html




No comments:

Post a Comment