Dalam bahagian yang lepas, kita melihat bahawa bagi
sebahagian kita, hidup seharian berlegar di sekitar
mencari makan (kerja), berehat, berhibur dan tidur.
Kita juga melihat bahawa jika itulah kitaran hidup
kita saban hari, maka kitaran tersebut tidak jauh
bezanya dari kitaran harian makhluk Allah yang bernama
haiwan dan unggas…atau manusia yang bukan Muslim.
Anda pasti pernah melihat sang lembu.
Bayangkan rutin hariannya. Pagi-pagi mereka sekawan
dihalau ke padang ragut. Bermulalah kerjanya mencari
makan. Ragut sana, ragut sini. Kunyah sana, kunyah
sini. Makan sana, minum sini. Ketika tengahari, cuaca
panas, sang lembu mencari tempat berteduh, berehat.
Sambil berteduh, masih boleh mengunyah. Mungkin ini
juga masa untuk berhibur; mengawan, menurunkan zuriat.
Apabila petang, mereka dibawa kembali ke kandang.
..untuk tidur.
Esok.. rutin mereka berulang.
Lusa.. rutin yang sama.. makan, kunyah, rehat,
berhibur, tidur...ragut.. kunyah.. rehat.. berhibur..
tidur..
Begitulah rutin mereka saban hari, saban minggu,
bulan, tahun. Umur meningkat, berat bertambah,
sehingga tiba masanya tuan mereka memutuskan untuk
menjual atau menyembelih mereka.
Allah menceritakan kepada kita di kalangan manusia pun
ada kumpulan yang rutin harian hidupnya umpama kitaran
harian sang Lembu…
“dan orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia
serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan
minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka..”
(Surah Muhammad: 12)
Siapa orang-orang ini yang dinyatakan oleh Allah
mempunyai kehidupan umpama sang lembu?
No comments:
Post a Comment