Wednesday, January 27, 2010

Anugerah Juara Lagu - ada simbol Freemason?




Seorang rakan menarik perhatian saya kepada  maklumat di blog berikut:


http://saintisislam.blogspot.com/2010/01/ada-yang-tak-kena-dengan-ajl-anugerah.html

http://idhamlim. blogspot. com/2010/ 01/anugerah-juara-lagu-24.html  

Yang paling merisaukan ialah, semua perkara ini telah diterangkan 

di dalam siri The Arrivals yang sudah banyak disebarkan. Siri ini panjang (46 video 10 minit). Lihat terutamanya siri no 12, 13 dan 30:  

http://www.youtube. com/watch? v=WBoLhJc0tG8  
http://www.youtube. com/watch? v=RXQ0WRznnXg&feature=related http://www.youtube. com/watch? v=JLPA1quvIsk

Walaupun siri ini mempunyai klip video yang kurang menyenangkan
dan akhirnya membawa agenda syi'ah serta terdapat fakta yang boleh dipersoalkan,  tetapi bahagian awal siri ini sangat membuka mata dan minda kita. Yang peliknya, hampir semua tanda-tanda Freemason, Kabbalah dan Dajjal yang disebutkan di dalam siri the Arrivals muncul dengan jelas di dalam set Anugerah Juara Lagu 2010.  

Soalnya Kenapa? dan Bagaimana boleh berlaku? Adakah kebetulan?  

Siapa yang merancangnya dan untuk tujuan apa?

Saturday, January 23, 2010

Pedoman AlQuran 104



Hukum (hudud) yang ditetapkan Allah bagi jenayah mencuri ialah potong tangan, sebagai hukuman pencegahan dari Allah.


Jika penjenayah bertaubat dan membuat pembaikan, maka Allah menerima taubatnya kerana Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.



thief[1]



Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
                                       [Surah AlMaidah:38-39]






Thursday, January 21, 2010

Fikir masak-masak, semak betul-betul sebelum cari yang lain..






Kadangkala, kita perlu membuat keputusan yang besar dalam hidup.

Samada anda bercadang untuk mengganti (atau menambah)  isteri anda,  berpindah rumah, memutuskan hubungan dengan tunang anda, atau mencari kerja lain, fikirkan masak-masak. Anda mungkin menyesal setelah mendapati pengganti yang baru tidak sehebat yang disangkakan. Akhirnya, dengan muka tebal terpaksa me’rujuk’ kembali kepada yang asal.

Pengalaman saya  ‘bercerai’  dengan syarikat telekomunikasi yang saya langgani sejak saya mengenali telefon bimbit mengajar saya supaya lebih berhati-hati, dan membuat keputusan hanya setelah benar-benar mengenali hati-budi calon pengganti berdasarkan maklumat yang tepat.  

Saya nak menceritakan pengalaman saya  menukar  perkhidmatan Telco  tanpa menukar nombor.

Ini pengalaman saya, pengalaman orang lain mungkin agak berbeza. Bagi saya pengalaman saya berada di Telco baru bagaikan indah khabar dari rupa.

Sejak  dua tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan dasar MNP, Mobile Number Portability yang membolehkan pengguna khidmat telefon mudah-alih bertukar dari satu syarikat telekomunikasi (telco) ke telco yang lain tanpa menukar nombor. Dengan itu, nombor telefon tidak lagi membayangkan telco yang dilanggani.

Saya telah lama melanggan Telco A tetapi tertarik dengan iklan Telco B yang menawarkan pakej dianggap bagus untuk keluarga dengan semua hal percuma di antara ahli keluarga. 

Saya telah membuat ‘porting’ MNP yakni memindahkan semua talian keluarga kami ke Telco B tanpa menukar nombor.

Saya mendapati iklan menarik bagi Telco B tidak menceritakan ‘the whole truth’.  Saya juga dapati,  ejen Telco B dan staf di Pusat Servis Telco B juga tidak menceritakan the whole truth.

Benar, nombor-nombor supplementary boleh membuat panggilan percuma (dengan had tertentu) kepada sesama mereka sahaja. Tetapi iklan dan penerangan ketika mendaftar  tidak menceritakan bahawa semua panggilan ke nombor selain dari beberapa nombor yang didaftarkan di pakej tersebut dicaj 30 sen seminit, mungkin kadar tertinggi postpaid di Malaysia!. Kecuali pengguna yang  hanya berada di dunia bawah tempurung mereka, semua pengguna memerlukan panggilan ke nombor lain selain  empat atau lima nombor kumpulan keluarga tersebut. Di sini Telco B mengaut keuntungan berlipat ganda.

Tidak juga diterangkan bahawa setiap supplementary line mempunyai had kredit hanya RM100.  Tidak diterangkan atau ditawarkan untuk penambahan nilai kredit semasa pendaftaran.

Yang peliknya walaupun pengguna telah mendaftarkan bayaran secara auto-debit dengan kad kredit, sekiranya penggunaan melebihi had kredit, perkhidmatan akan disekat


Yang lebih menyusahkan, penambahan had kredit hanya boleh dibuat di Pusat Servis Telco.

Untuk mengelakkan caj panggilan 30 sen seminit, saya berhajat menukar supplementary line anak dan isteri saya ke talian biasa (main line)  Tetapi malangnya, saya dimaklumkan ini tidak boleh dibuat kecuali jika saya bersedia menggantung talian mereka selama dua hari!



Saya juga mendapati talian khidmat pelanggan tidak berkualiti, tidak seperti semasa di Telco  A. Ejen-ejen perkhidmatannya, samada di Pusat Servis Telco atau di Talian Khidmat Pelanggan nampaknya bekerja seperti  pekerja kerajaan yang sekadar melepaskan batuk di tangga, memberikan standard answers . Tidak kelihatan langsung usaha proaktif untuk menyelesaikan masalah pelanggan, apalagi going the extra mile. Anda tidak akan menerima panggilan susulan mengenai kes anda kecuali apabila anda mengancam untuk bertukar telco, atau membuat salinan emel aduan anda kepada pegawai-pegawai besar mereka.

Akhirnya, setelah beberapa kali kecewa berurusan dengan help’less’line, kaunter dan telefon, akhirnya saya pun terpaksa dengan muka tebal ‘merujuk’ semula kepada telco lama saya.



Jadi, sebelum anda membuat keputusan besar dalam hidup, menggantikan yang sedia-ada kepada sesuatu yang kononnya lebih hebat, lebih cantik, lebih bergaya, lebih menarik, fikir dalam-dalam, semak betul-betul. Jika tidak, anda bakal menyesal dan merana.




Cartoon Top:http://www.dvo.com/newsletter/monthly/2002/april/cartoon.gif
Cartoon Bottom:http://putsimply.files.wordpress.com/2009/08/customer-service.jpg

Friday, January 15, 2010

HENDAK KE MANA ANDA? 12



Haiwan dicipta oleh Allah untuk “makan, cari
makan,berehat, berhibur, tidur.  Dan akhirnya mati ..
tamat cerita.”

Itulah kisahnya haiwan; lembu, monyet, ikan, itek,
ayam dan yang sebangsa dengan mereka.  Mereka hidupnya
untuk makan, minum bersukaria, bila sampai masanya..
disembelih..atau mati..tamat riwayat, habis kisah!

Tapi kita manusia..itu sajakah yang kita nak buat dan
patut buat di dunia ini?

Tamatkah kisah kita, habiskah cerita kita bila kita
mati nanti?

Jawapannya tidak!

Bagi kita manusia, kematian tidak menamatkan
segalanya.

Mati hanyalah satu transisi ke alam akhirat.

Pintu ke hari akhirat ialah kematian.  Semua orang
akan mati.

Kematian kita adalah satu fasa dari  rentetan
perjalanan kita dari perut ibu menuju ke alam akhirat.

Kerana ia adalah sesuatu yang pasti.   Ia pasti
datang.

kubur1

Hari ini, esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan
mungkin  saya, anda, saudara mara dan kawan-kawan kita
pasti mati.

Yang pasti datang ialah kematian. Umur tua  belum
pasti. Usia emas bukan sesuatu yang bakal dimiliki
semua orang.

Ingat MATI itu pasti, TUA belum tentu.

Janganlah kita lupa akan destinasi akhir kita ini.
Jangan kita dilalaikan oleh kesibukan harian kita dari
hakikat ini.

Allah memperingatkan kita:

Alhaakumuttakaathur. Hatta zurtumul maqabir...”

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal
bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat
dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak
pangkat dan pengaruh),  SEHINGGA KAMU MASUK KE KUBUR.
 Surah Attakaathur:1-2

Friday, January 8, 2010

Pedoman AlQuran 105

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, kalau (tiap-tiap seorang dari) mereka mempunyai segala yang ada di muka bumi atau sebanyak itu lagi bersamanya, untuk mereka menjadikannya penebus diri mereka dari azab seksa hari kiamat, nescaya tebusan itu tidak akan diterima dari mereka; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Mereka sentiasa berharap hendak keluar dari api neraka itu, padahal mereka tidak sekali-kali akan dapat keluar daripadanya; dan bagi mereka azab seksa yang tetap kekal.
 
                        [Surah AlMaidah :36-37]



Foto: www.alaska-in-pictures.com






Friday, January 1, 2010

HENDAK KE MANA ANDA? 11



Mungkin anda pernah mendengar ‘teori’ evolusi.
Kononnya manusia berasal daripada beruk dan kera.

Pihak yang mempropaganda teori ini mempunyai motif
lebih besar daripada sekadar menegakkan ‘kebenaran
saintifik’ mereka dan seterusnya untuk menolak aliran yang
meyakini ‘penciptaan’ oleh yang Maha Kuasa.

Ini kerana jika manusia setaraf atau sebangsa dengan
haiwan, manusia tidak mempunyai tanggungjawab kepada
Pencipta.  Manusia  tidak perlu panduan Ilahi, manusia
boleh berfikir dan menentukan cara hidupnya sendiri.

Falsafah atau pandangan berkenaan amat sesuai dengan
orang kafir yang tidak menerima hidayah Ilahi.  Memang
cara hidup mereka  tidak jauh bezanya dari  haiwan.

Amat layak bagi haiwan,unggas dan orang kafir hidup
untuk “makan, cari makan, berehat, berhibur, tidur.”

Bagi mereka…

  • hidup hanya sekali..enjoy lah puas-puas nanti
  • menyesal kalau tak enjoy.
  • mana ada dosa pahala!
  • persetankan  siksa kubur!
  • peduli apa dengan padang mahsyar dan titian sirat!
  • lupakan saja mengenai syurga neraka!

Mereka tak mahu tahu kenapa mereka dijadikan. Mereka tak
kisah siapa Pencipta mereka.

Mereka tak nampak apa yang mereka boleh buat dalam
kehidupan selain berhibur dan bersukaria.

Cari makan untuk hidup dan hidup untuk makan. Itu
saja.


Itulah menjadi rutin hidup mereka..hari ke minggu ke
bulan ke tahun..sehingga maut menjemput mereka.

Tapi kita bukan haiwan, bukan unggas dan orang kafir
jauh sekali.

Hidup kita pasti berlainan!

Cuba fikir mendalam sekejap.

…Haiwan tu dicipta oleh Allah untuk “makan, cari
makan,berehat, berhibur, tidur.  Dan akhirnya mati ..
tamat cerita.”

Itulah kisahnya lembu dan ayam daging, hidupnya untuk
makan, minum bersukaria, bila sampai masanya..
disembelih..tamat riwayat, habis kesah!

Tapi kita ni manusia!! Tak kan itu saja yang kita nak buat dan
patut buat di dunia ini? Betul ke ‘tamat cerita’ bila
kita mati?