Mari kita luangkan sedikit masa
berfikir. Berfikir secara mendalam.
Menilai…
Mari fikirkan rutin kita seharian.. adakah ia hampir
sama dengan apa yang diutarakan dalam bahagian yang
lepas?
Jika benar rutin hidup harian kita hanya berkisar di sekitar…
“Makan. Pergi kerja, cari makan. Balik kerja. Makan.
Berehat. Berhibur. Tidur.”
……mungkin kita kena review, ulangkaji kitaran hidup kita.
Saban hari, saban bulan, saban tahun..itu jugakah rutin hidup harian kita?
Rutin kita yang sedemikian amat dekat dengan rutin
haiwan dan unggas.
Rutin yang sedemikian hanya layak untuk orang yang
tidak mempunyai pedoman dalam hidup.. yakni orang
bukan Islam.
Kita bukan dilahirkan sebagai haiwan. Dan kita
kita bersyukur kepada Allah, kita bukan orang yang
tergolong ke dalam orang yang bukan Islam.
Kita adalah makhluk Allah yang mulia, dikurniakan
pancaindera, otak, akal fikiran dan hidayah pedoman
hidup.
Kita ada otak, ada akal, ada hidayah.
Haiwan ada otak tetapi tidak berakal. Manusia
yang kafir punya otak dan akal tetapi mereka tidak
seperti kita orang Islam yang beroleh hidayah,
petunjuk dari Allah.
Pastinya rutin harian kita berbeza. Sepatutnya
berbeza. Sewajarnya berbeza.
Kadang-kadang dalam kesibukan hidup ini, kita tidak
sempat untuk berfikir isu-isu begini.
Tetapi yakinlah.. kesedaran dan kefahaman kita mengenai
hal inilah yang bakal membezakan kita dengan orang
kafir atau haiwan. Bahkan, ia membawa kebahagiaan,
ketenangan, kemaslahatan bagi kita dalam kehidupan di
dunia ini dan di akhirat nanti.
Tuesday, October 27, 2009
Hendak ke Mana Anda? 5
Monday, October 26, 2009
Pedoman AlQuran 96
Allah akan menyempurnakan pahala bagi orang yang beriman dan beramal soleh. Allah akan menyiksa orang yang enggan beribadat, sombong dan takbur
Sesudah itu, orang-orang yang beriman beramal soleh, Allah akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka, dan Ia akan menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka. Sebaliknya orang-orang yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takbur, maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka. [Surah Annisa': 173]

Sunday, October 25, 2009
HENDAK KE MANA ANDA? 4
Dalam bahagian yang lepas, kita melihat bahawa bagi sebahagian kita, hidup seharian berlegar di sekitar mencari makan (kerja), berehat, berhibur dan tidur. Kita juga melihat bahawa jika itulah kitaran hidup kita saban hari, maka kitaran tersebut tidak jauh bezanya dari kitaran harian makhluk Allah yang bernama haiwan dan unggas…atau manusia yang bukan Muslim. Anda pasti pernah melihat sang lembu. Bayangkan rutin hariannya. Pagi-pagi mereka sekawan dihalau ke padang ragut. Bermulalah kerjanya mencari makan. Ragut sana, ragut sini. Kunyah sana, kunyah sini. Makan sana, minum sini. Ketika tengahari, cuaca panas, sang lembu mencari tempat berteduh, berehat. Sambil berteduh, masih boleh mengunyah. Mungkin ini juga masa untuk berhibur; mengawan, menurunkan zuriat. Apabila petang, mereka dibawa kembali ke kandang. ..untuk tidur. Esok.. rutin mereka berulang. Lusa.. rutin yang sama.. makan, kunyah, rehat, berhibur, tidur...ragut.. kunyah.. rehat.. berhibur.. tidur.. Begitulah rutin mereka saban hari, saban minggu, bulan, tahun. Umur meningkat, berat bertambah, sehingga tiba masanya tuan mereka memutuskan untuk menjual atau menyembelih mereka. Allah menceritakan kepada kita di kalangan manusia pun ada kumpulan yang rutin harian hidupnya umpama kitaran harian sang Lembu… “dan orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka..”
(Surah Muhammad: 12)
Siapa orang-orang ini yang dinyatakan oleh Allah
mempunyai kehidupan umpama sang lembu?
Wednesday, October 21, 2009
HENDAK KE MANA ANDA? 3
Anda mungkin berkata.. so what?? Apa halnya? Apa Kesahnya?
Salah kah kita menjalani hidup yang berkisar di sekitar...bangun pagi, cari makan, berhibur, makan, berehat, tidur.?
Cuba kita pejam mata sebentar dan bayangkan, renungkan kitaran rutin harian hidup makhluk Allah yang berikut..
Ayam.. bangun pagi, cari makan, berhibur, makan, berehat, tidur.
Burung.. bangun pagi, cari makan, berhibur, makan, berehat, tidur.
Kambing.. bangun pagi, cari makan, berhibur, makan, berehat, tidur.
Lembu.. bangun pagi, cari makan, berhibur, makan, berehat, tidur.
Orang bukan Islam.. bangun pagi, cari makan, berhibur, makan, berehat, tidur.
Sekarang renungkan..
Layakkah kita pun mempunyai kitaran hidup seharian yang hampir serupa….????
Patutkah rutin harian kita serupa dengan mereka?
Atau di manakah kelainan/perbezaan yang patut ada di antara kita dan mereka?
Pedoman AlQuran 95
Berimanlah dengan Rasullulah yang membawa kebenaran, itulah yang terbaik. Keingkaran manusia tidak akan merugikan Allah yang Menguasai segala langit dan bumi dan Maha Bijaksana.
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [Surah Annisa': 170]

Sunday, October 18, 2009
HENDAK KE MANA ANDA? 2
Semalam saya mengajak kita merenung rutin perjalanan hidup kita seharian....
Hari ini anda bangun pagi... gosok gigi.. mandi...
Adakah apa yang anda lakukan hari ini mempunyai rutin yang sama dengan semalam?
Adakah rutin anda hari ini dimulakan dengan ke bilik air, dipenuhi dengan tindakan dan usaha mencari 'makan' dan akan ditamatkan dengan menghadap TV dan tidur?
Esok.. anda mengulang kisah harian anda… besar kemungkinan tidak banyak perbezaan.. plotnya hampir sama.. itulah rutin anda…
Esok, anda bermula dari perenggan satu coretan ini..
Demikianlah kisah kita.
Itulah rutin kita. Saban hari kita bangun pagi. Makan. Pergi kerja, cari makan. Balik kerja. Makan. Berehat. Berhibur. Tidur.
Esoknya..
... Makan. Pergi kerja, cari makan. Balik kerja. Makan. Berehat. Berhibur. Tidur....
Esoknya….??
... Makan. Pergi kerja, cari makan. Balik kerja. Makan. Berehat. Berhibur. Tidur....
Mungkin terdapat sedikit sebanyak variasi, mungkin kita bercuti, mungkin kita berkelah, mungkin kita... Tetapi pokoknya ia tidak lari jauh daripada "..makan, cari makan, berhibur dan tidur...."
Hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Masa berlalu, umur semakin meningkat. Kubur makin dekat. Itu juga rutin kita seharian.
Ringkasnya hampir seluruh hidup kita berlegar di sekitar..
... Makan. Pergi kerja, cari makan. Balik kerja. Makan. Berehat. Berhibur. Tidur....
Anda mungkin berkata .. so what?? Apa halnya? Apa kesahnya?
Thursday, October 15, 2009
Pedoman AlQuran 94
Rasul-rasul diutuskan untuk memberi khabar gembira dan amaran. Tiada alasan untuk manusia mengatakan Allah tidak yang memberi peringatan kepada kita.
Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[Surah Annisa': 165]

Wednesday, October 14, 2009
HENDAK KE MANA ANDA? 1
Hari ini anda bangun pagi. Apa yang anda lakukan. Anda mungkin membersihkan diri. Mungkin anda solat subuh? Atau tidak? Anda sempat sarapan di rumah?
Jika anda telah berkeluarga, setelah mengucapkan selamat kepada anak/isteri anda bergegas ke tempat kerja. Mungkin anda berkenderaan sendiri.
Mungkin sepanjang jalan anda memikirkan peristiwa semalam. Mungkin anda merancang apa yang bakal anda lakukan hari ini, esok, minggu depan, tahun depan. Seribu satu persoalan mungkin bermain di benak anda.

Sepanjang perjalanan. Mungkin anda tersenyum memikirkan gelagat rakan-rakan pemandu lain. Mungkin anda geram, marah, menyumpah dengan karenah mereka.
Anda mungkin mempunyai teman ketika memandu..isteri,suami, rakan. Anda berceloteh dengan mereka? Atau anda masam mencuka? Ceriakah anda hari ini sepanjang perjalanan?
Anda mungkin menaiki kenderaan awam.. LRT, bas, komuter, monorel. Anda melihat sekeliling anda. Kelihatan pelbagai jenis manusia; pelbagai ragam, pelbagai karenah, pelbagai riak muka; senyum, masam, sedih, ceria, tak kisah, ‘stone’…mereka seperti anda juga sedang memikirkan mengenai diri mereka dan mungkin juga sedang menilai riak muka anda!
Anda tiba di tempat kerja. Anda pekerja misali. Anda menjalankan tugas dengan tekun dan dedikasi. Atau anda sebaliknya.. curi tulang? Anda menghadapi seribu satu macam cabaran; dengan bos, dengan rakan sekerja, dengan pelanggan… Tengahari anda ke kantin, restoran, kafe untuk makan.
Tiba waktu pulang.. anda menjejaki semula langkah anda sewaktu anda datang. Mungkin anda singgah di supermarket, minimarket, pasar malam untuk membeli beberapa keperluan dan akhirnya pulang ke rumah.
Solat anda bagaimana hari ini? Subuh? Zuhur? Asar? Atau anda tidak kisah? Tidak ambil peduli?
Anda mungkin berpeluang bersukan, dan mandi. Anda solat maghrib? Keluarga anda bagaimana?
Malamnya anda sibuk menyediakan atau mencari makanan. Selepas makan anda berhibur. Anda mungkin mengadap sumber nombor satu hiburan masakini TV, VCD, DVD, Hi-Fi, Satellite..dan entah apa lagi. Akhirnya rasa mengantuk melanda diri anda, rakan, anak dan isteri. Anda masuk ke bilik tidur untuk berehat.
Demikian perjalanan hidup anda hari ini..
Esok.. anda mengulang kisah harian anda… besar kemungkinan plotnya hampir sama.. itulah rutin anda…
Esok, anda bermula dari perenggan satu coretan ini..
Wednesday, October 7, 2009
Pedoman AlQuran 93
Menceritakan kebaikan orang lain kepada kita atau menyembunyikannya atau memaafkan kesalahan orang terhadap kita, semuanya dinilai oleh Allah sedangkan Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.
Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa. [Surah Annisa': 149]

Sunday, October 4, 2009
Pedoman Juzu', Hizb, Rubu' AlQuran
Mushaf Al-Quran Rasm Usmani dibahagikan kepada 30 juzuk. Setiap juzuk dibahagi kepada dua bahagian (hizb). Setiap hizb dibahagi kepada 4 rubu’.
Juzuk, hizb dan rubu’ ini ditandakan dengan jelas dengan 'bintang' pada hujung ayat dan nombor hizb atau rubu’ berkenaan pada tepi mukasurat.
Tanda-tanda ini boleh digunakan untuk dua tujuan.
Pertama, sebagai petanda jalan (milestones) untuk mengetahui kedudukan bacaan anda. Jika anda melihat hizb 20, maknanya anda berada di bahagian kedua juzu’ 10. Jika berada di ¾ rubu’ 11, maknanya ada menghampiri pertengahan juzuk ke 6.
Kedua, panduan ini boleh digunakan sebagai sasaran bacaan alquran harian untuk khatam dalam tempoh tertentu:
Khatam sekali sebulan : Baca 1 Juzuk sehari
Khatam dua bulan sekali : Baca 1 Hizb sehari
Khatam empat bulan sekali: Baca 2 Rubu’ sehari
Khatam lapan bulan sekali: Baca 1 Rubu’ sehari.
Subscribe to:
Posts (Atom)