Wednesday, March 16, 2011

Tinggal harta, anak pinak berterabur...





Falsafah Ayahku:

"Aku tidak kumpul dan tinggalkan harta bagi kamu,kerana kulihat banyak adik-beradik berkelahi kerana berebut harta warisan. Tapi aku usahakan agar kamu beroleh pendidikan dan agama, moga kamu berjaya dalam hidup dunia dan akhirat, bersatu-padu, berkasih sayang sesama kamu."
 
Allahumaghfirlahu, warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu.

Monday, March 14, 2011

Manusia sering salah sangka..

Manusia sering  keliru dan  silap sangka...   Dia menganggap kemewahan sebagai tanda Allah memuliakannya manakala  kesempitan sebagai tanda Allah menghinanya.   
 
" Maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupn...ya, ia berkata: "Tuhanku telah memuliakan daku!" Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!" [Al-Fajr:15-16]   
 
Manusia keliru dan tidak membezakan di antara ujian dengan natijah.  Kemewahan dan kesempitan adalah  ujian yang diberikan oleh Allah kepada manusia.  Bagaimana tindakan kita terhadap ujian Allah itu.. ini  sebenarnya yang akan menentukan kemuliaan atau kehinaan kita di sisi Allah.   
 
Jika Allah berikan kemewahan, tetapi kita sombong, takbur, bakhil dan tidak bersyukur maka   kemewahan itu menjadi sumber kehinaan.   
 
Sebaliknya jika Allah menyempitkan hidup kita tetapi kita sabar dan redha dengan ketetapan Ilahi, maka  itu adalah jalan mencapai kemuliaan dan ketinggian di sisi Allah.  

Sunday, March 13, 2011

We meet some people only once in our life , let us be good to them..



  • Jangan suka bertangguh, sebarkan kebaikan di mana dan kepada siapa saja: "I expect to pass through this world but once. Any good, therefore, that I can do or any kindness I can show to any fellow creature, let me do it now. Let me not defer or neglect it for I shall not pass this way again." Stephen Grellet
    kadang kita berjumpa seseorang mungkin sekali sahaja di dalam hidup kita.. mungkin di pasar, di dalam bas,di padang permainan, di jalanraya.. Jadi pastikan mereka mendapat sentuhan yang baik dari kita, memori indah bukan duka atau luka..

Saturday, March 12, 2011

Procrastination.. Procrastination....



Jangan suka bertangguh,banyak kerja perlu di buat: Ibnu Umar berkata : Jika kamu berada di petang hari jangan tunggu pagi hari, dan jika kamu berada di pagi hari jangan tunggu petang hari, gunakanlah kesehatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu “ (Riwayat Bukhari)

Friday, March 11, 2011

Quiz


Anda sudah 20minit di dalam kesesakan trafik menunggu lampu isyarat. Lampu hampir hijau, tiba-tiba sebuah kereta yang memotong dari kiri cuba meminta laluan. Apa tindakan anda? 
A. Himpit dia. 
B. Himpit dan 'stare' 
C. Berikan laluan dengan ngomelan. 
D. Berikan laluan dengan senyuman.
Jika anda suka memotong queue, ingatlah bahawa anda seolah-olah 'mencuri' maka fahamilah perasaan orang yang dipotong. 
Jika anda yang dipotong, alangkah baiknya jika anda berikan 'sipencuri' peluang dengan senyuman.. pahala dapat, hati tetap ceria. Sedekah pada pencuri pun dapat pahala tau?

Tuesday, March 8, 2011

Selawat mengangkat darjat, menenangkan hati, melepaskan kesulitan






Selawat adalah perintah Allah:
Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi (Muhammad). Wahai org2 beriman hendaklah kamu semua mengucapkan selawat dan salam kepada baginda.(Al-Ahzab-56)   
Janji Nabi (saw):   "Barangsiapa berselawat sekali ke atasku, Allah berselawat sepuluh kali selawat ke atasnya dan dihapus darinya sepuluh kesalahan dan diangkat baginya sepuluh darajah." (Riwayat Ahmad, Nasa'ie dan Al-Hakim)  

Selawat ke atas Nabi mengangkat darjat kita. Apabila darjat diangkat, mudahlah kita memohon sesuatu hajat yang diperlukan atau memohon dilepaskan dari kesukaran yang membelenggu kita.   

Anda boleh cuba ini. Apabila berada di dalam keadaan tidak tenang, atau menemui kesulitan atau amat berhajat kepada sesuatu, banyakkan berselawat sambil memohon di dalam hati apa yang dihajati.   

Dalam keadaan biasapun,  mari banyakkan berselawat " Allahumma solli 'alaa Muhammad wa 'alaa aalihii wasohbihii wa baarik wasallim..."   

Mudah saja kan? 

Monday, March 7, 2011

Jangan Terpedaya..




 Akal dan pengetahuan manusia terhad. Adakalanya kita terpana dengan luaran, tertipu dengan yang zahir padahal pada hakikatnya sebaliknya. 
Demikian pesan Tuhan "...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Albaqarah:216)

90/10 Principle in Action!



Tret-tet-tret-tet-tret-tet.... Deringan telefon bimbit memecah keheningan pagi Rabu.

Dengan mata yang berat Budin menggapai telefon di sisi katilnya dan menekan butang SNOOZE. “Ah.. baru 6.15, awal lagi’, dia memujuk dirinya. Selimut ditarik. Mata dipejam. Sebenarnya dia baru saja melabuhkan badannya kira-kira 3.30 pagi tadi, selepas pulang dari Restoran Ayubiah menonton Manchester United melawan Barcelona.

Entah berapa kali telefon berdering, entah berapa kali pula butang SNOOZE ditekan.

Tret-tet-tret-tet-tret-tet....  ” Hah?  dah 7.30?”, Budin tersentak. Dia  melompat bangun, mencapai tuala dan terus ke bilik air.

Dia mesti pergi kelas Kimia pukul 8. Dia wajib pergi. Dia sudah berkali-kali ponteng kelas ini.  Minggu lepas Prof Batrisya sudah memberi amaran dia akan dilarang mengambil peperiksaan akhir sekiranya dia dia ponteng kelas lagi.

Dia bergegas memakai baju mencapai beg dan berlari-lari anak ke tempat menunggu bas. Kolej kediamannya jauh dari Dewan kuliah, oleh itu Budin perlu menaiki bas. Malangnya, bas baru saja berlepas. Setelah 15  minit menunggu, barulah bas yang seterusnya tiba.

Budin melangkah masuk ke Dewan kuliah melalui pintu belakang. Profesor Batrisya yang sedang mengajar menilik jam tangannya dan kemudian melirik ke arahnya. “Budin! Why are you so late?”.  “ Sorry Prof, terlepas bas.”, jawab  Budin,   “ bas tu memang  tak patut Prof, dia tak tunggu saya tadi”. “Awak yang patut tunggu bas, bukan bas tunggu awak!”, tegas Profesor Batrisya sambil menyuruhnya duduk  dan  memberi amaran terakhir kepadanya supaya tidak lewat lagi.

Dalam perjalanan ke kelas Matematik pada pukul 9 pagi, Budin melihat kawan-kawannya dari kelas lain sedang berborak di Cafeteria Mak Abah untuk sarapan. Mengenangkan perutnya juga berkeroncong dan dia mengidam sarapan nasi lemak ayam yang sangat enak di Cafeteria  Mak Abah, dia pun duduk tumpang sekaki. Sambil makan, mereka bersembang mengenai perlawanan malam tadi, bagaimana MU boleh tewas tipis 1-2  ke atas Barcelona, bagaimana Alex Ferguson Pengurus MU telah di’buang padang’  oleh pengadil kerana membantah  sepakan penalti dan pelbagai hal lagi.

Sementara itu, di kelas  Matematik, Dr. Haziq  sedang mengedarkan kertas tugasan 3 dan mengumumkan ujian kedua yang akan diadakan pada 8.00 malam hari  Selasa depan.
----

Menjelang maghrib  pada hari Selasa minggu berikutnya, Budin dan kawan-kawannya sedang melepak di Restoran Ayubiah apabila telefonnya berdering. “Budin, malam ni Test 2 Matematik la, pukul 8 ni!”, suara Dol tercungap-cungap di talian.  “Hah? Bior betul!”, letus Budin, “ Teruknya Dr. Haziq ni, kok ia pun nak buat test, khabar lah awal-awal. Cakap last minit macam ni, mana sempat nak prepare. Apalah punya Lecturer!, malas lah aku nak pergi. Tengok bola lagi best!”.
 Keesokan harinya, Budin bangun lewat lagi. Oleh kerana dia telah diberi amaran terakhir supaya jangan lewat, Budin memilih untuk tidak hadir ke kelas  Profesor Batrisya. Sebaliknya dia ke kafeteria Mak Abah untuk menikmati menu kegemarannya.  Pukul 9 pagi Budin bergegas ke kelas   Matematik.  Ketika  Budin melangkah masuk ke kelas, Dr Haziq sedang memberi arahan kepada kelasnya,  “ sila kumpulkan tugasan 3 yang saya beri minggu lepas dan hantar ke depan!”

Budin menggaru kepala yang tidak gatal.  “Tugasan? Tugasan apa pulak ni?”

The End
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Komentar:

  1. Kebanyakan daripada apa yang terjadi pada Budin  terhasil akibat tindakan dan pilihan Budin sendiri.
  2. Kita membuat  pelbagai keputusan dan pilihan sepanjang kehidupan seharian kita. Keputusan/pilihan atau rentetan keputusan/pilihan ini memberi kesan yang mendalam  kepada kehidupan kita seterusnya.
  3. Terdapat perkara yang di luar kawalan kita tetapi banyak perkara juga berada di dalam kawalan kita. Uruskan dan buat keputusan terbaik bagi perkara di dalam kawalan kita dengan mengambilkira  apa yang di luar kawalan kita.

Saturday, March 5, 2011

What is the meaning of "Responsible"?




 
We are responsible (response able) i.e. able to response positively (or negatively) to things that happen in our lives and subsequently determine its outcome (biiznillah):

"..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..." (Arra'du: 11)

Friday, March 4, 2011

Prinsip 90/10




Di antara  prinsip  yang diutarakan oleh Stephen Covey ialah Prinsip 90/10:

Prinsip 90/10 bermaksud, 10% daripada kehidupan BERLAKU/DIKENAKAN KE ATAS kita manakala 90% lagi terjadi akibat tindakan atau reaksi kita terhadap apa yang terjadi. 

Kita tidak mempunyai kawalan terhadap apa yang TERJADI/BERLAKU/DIKENKAN KE ATAS kita tetapi kita mempunyai kawalan terhadap tindakan kita sendiri. 

Kita tiada kawalan terhadap kereta yang memoting kita dari kiri, atas bas yang lewat, atau boss yang tidak adil. 

Tetapi reaksi dan tindakan kita yang boleh kita kawal yang akan mewarnai apa yang akan terjadi kepada kita.