Monday, March 7, 2011
90/10 Principle in Action!
Tret-tet-tret-tet-tret-tet.... Deringan telefon bimbit memecah keheningan pagi Rabu.
Dengan mata yang berat Budin menggapai telefon di sisi katilnya dan menekan butang SNOOZE. “Ah.. baru 6.15, awal lagi’, dia memujuk dirinya. Selimut ditarik. Mata dipejam. Sebenarnya dia baru saja melabuhkan badannya kira-kira 3.30 pagi tadi, selepas pulang dari Restoran Ayubiah menonton Manchester United melawan Barcelona.
Entah berapa kali telefon berdering, entah berapa kali pula butang SNOOZE ditekan.
Tret-tet-tret-tet-tret-tet.... ” Hah? dah 7.30?”, Budin tersentak. Dia melompat bangun, mencapai tuala dan terus ke bilik air.
Dia mesti pergi kelas Kimia pukul 8. Dia wajib pergi. Dia sudah berkali-kali ponteng kelas ini. Minggu lepas Prof Batrisya sudah memberi amaran dia akan dilarang mengambil peperiksaan akhir sekiranya dia dia ponteng kelas lagi.
Dia bergegas memakai baju mencapai beg dan berlari-lari anak ke tempat menunggu bas. Kolej kediamannya jauh dari Dewan kuliah, oleh itu Budin perlu menaiki bas. Malangnya, bas baru saja berlepas. Setelah 15 minit menunggu, barulah bas yang seterusnya tiba.
Budin melangkah masuk ke Dewan kuliah melalui pintu belakang. Profesor Batrisya yang sedang mengajar menilik jam tangannya dan kemudian melirik ke arahnya. “Budin! Why are you so late?”. “ Sorry Prof, terlepas bas.”, jawab Budin, “ bas tu memang tak patut Prof, dia tak tunggu saya tadi”. “Awak yang patut tunggu bas, bukan bas tunggu awak!”, tegas Profesor Batrisya sambil menyuruhnya duduk dan memberi amaran terakhir kepadanya supaya tidak lewat lagi.
Dalam perjalanan ke kelas Matematik pada pukul 9 pagi, Budin melihat kawan-kawannya dari kelas lain sedang berborak di Cafeteria Mak Abah untuk sarapan. Mengenangkan perutnya juga berkeroncong dan dia mengidam sarapan nasi lemak ayam yang sangat enak di Cafeteria Mak Abah, dia pun duduk tumpang sekaki. Sambil makan, mereka bersembang mengenai perlawanan malam tadi, bagaimana MU boleh tewas tipis 1-2 ke atas Barcelona, bagaimana Alex Ferguson Pengurus MU telah di’buang padang’ oleh pengadil kerana membantah sepakan penalti dan pelbagai hal lagi.
Sementara itu, di kelas Matematik, Dr. Haziq sedang mengedarkan kertas tugasan 3 dan mengumumkan ujian kedua yang akan diadakan pada 8.00 malam hari Selasa depan.
----
Menjelang maghrib pada hari Selasa minggu berikutnya, Budin dan kawan-kawannya sedang melepak di Restoran Ayubiah apabila telefonnya berdering. “Budin, malam ni Test 2 Matematik la, pukul 8 ni!”, suara Dol tercungap-cungap di talian. “Hah? Bior betul!”, letus Budin, “ Teruknya Dr. Haziq ni, kok ia pun nak buat test, khabar lah awal-awal. Cakap last minit macam ni, mana sempat nak prepare. Apalah punya Lecturer!, malas lah aku nak pergi. Tengok bola lagi best!”.
Keesokan harinya, Budin bangun lewat lagi. Oleh kerana dia telah diberi amaran terakhir supaya jangan lewat, Budin memilih untuk tidak hadir ke kelas Profesor Batrisya. Sebaliknya dia ke kafeteria Mak Abah untuk menikmati menu kegemarannya. Pukul 9 pagi Budin bergegas ke kelas Matematik. Ketika Budin melangkah masuk ke kelas, Dr Haziq sedang memberi arahan kepada kelasnya, “ sila kumpulkan tugasan 3 yang saya beri minggu lepas dan hantar ke depan!”
Budin menggaru kepala yang tidak gatal. “Tugasan? Tugasan apa pulak ni?”
The End
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Komentar:

- Kebanyakan daripada apa yang terjadi pada Budin terhasil akibat tindakan dan pilihan Budin sendiri.
- Kita membuat pelbagai keputusan dan pilihan sepanjang kehidupan seharian kita. Keputusan/pilihan atau rentetan keputusan/pilihan ini memberi kesan yang mendalam kepada kehidupan kita seterusnya.
- Terdapat perkara yang di luar kawalan kita tetapi banyak perkara juga berada di dalam kawalan kita. Uruskan dan buat keputusan terbaik bagi perkara di dalam kawalan kita dengan mengambilkira apa yang di luar kawalan kita.
Saturday, March 5, 2011
What is the meaning of "Responsible"?
We are responsible (response able) i.e. able to response positively (or negatively) to things that happen in our lives and subsequently determine its outcome (biiznillah):
"..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..." (Arra'du: 11)
Friday, March 4, 2011
Prinsip 90/10
Di antara prinsip yang diutarakan oleh Stephen Covey ialah Prinsip 90/10:
Prinsip 90/10 bermaksud, 10% daripada kehidupan BERLAKU/DIKENAKAN KE ATAS kita manakala 90% lagi terjadi akibat tindakan atau reaksi kita terhadap apa yang terjadi.
Kita tidak mempunyai kawalan terhadap apa yang TERJADI/BERLAKU/DIKENKAN KE ATAS kita tetapi kita mempunyai kawalan terhadap tindakan kita sendiri.
Kita tiada kawalan terhadap kereta yang memoting kita dari kiri, atas bas yang lewat, atau boss yang tidak adil.
Tetapi reaksi dan tindakan kita yang boleh kita kawal yang akan mewarnai apa yang akan terjadi kepada kita.
Thursday, March 3, 2011
Untungnya kita
Rasulullah (saw) bersabda bermaksud: “Sungguh ajaib keadaan seorang mukmin, semua keadaannya pasti menjadi baik. Dan itu hanya dimiliki oelh seorang mukmin sahaja. Apabila dia memperoleh nikmat, ia akan bersyukur. Maka nikmat itu akan menjadi kebaikan untuknya. Apabila ia tertimpa musibah, ia bersabar maka musibah itu akan menjadi kebaikan buat dirinya.” (Hadis riwayat Muslim)
Wednesday, March 2, 2011
Be positive.. Sabar, maafkan dan lupakan..
Seusai solat Zuhr di masjid, seorang rakan marah-marah bila kasutnya dicuri orang.
"Tak guna punya orang!, menyusah orang ajer", dia membebel.
Ketika melangkah ke kereta, dia bertemu dengan seorang Pak Cik yang bertanya kenapa ia marah dan membebel?
Bila diberitahu masalahnya, Pak Cik tersebut berkata:" Kalau anak marah macamanapun tak akan kembali kasut tu. Pak Cik cadang, elok anak bersabar, dan maafkan sahaja pencuri itu. Mungkin dia dalam kesempitan wang untuk makan, mungkin isteri atau anaknya sakit. Anggaplah kasut anak telah membantu orang yang mencuri dan lagi satu ia bakal menggembirakan orang yang bakal membeli kasut anak dengan murah".
Pay it Forward!
"Arman, boleh tolong mama belikan roti?", Puan Ida mengimbau anak kesayangannya yang sedang bermain guli dengan sepupunya Harith. "Kejap mama!", sahut Arman. "Harith, jom temankan kita", ajak Arman."Jom!" sahut Harith sambil mengumpulkan guli-gulinya ke dalam balang. Memang sesuatu yang menyeronokkan berbasikal ke Pasar Mini Pak Lang yang terletak di hujung kampung. Maklumlah kedua-duanya baru darjah satu dan baru saja pandai menunggang basikal.
Dalam perjalanan pulang dari Pasar Mini Pak Lang, basikal Arman tiba-tiba pancit. Terpaksalah dia menolak basikalnya. Harith juga turun berjalan sama. Sedang mereka menuntun basikal di gigi jalan, tiba-tiba sebuah lori kecil yang datang dari belakang memperlahankan kelajuannya dan berhenti di hadapan mereka. "Arman, Harith.. kenapa ni?", ujar pemandu sambil turun dari lorinya. "Oh.. Pak Da", ujar Harith, " ini basikal Arman, tayarnya pancit.". "Ohhh..kalau begitu, kita letakkan basikal ke atas lori dan nanti Pak Da hantar ke rumah", ujar Pak Da. "Terima kasih Pak Da", serentak dan spontan terpacul dari mulut mereka berdua. Mereka pun memang teringin untuk merasa naik lori.
Setibanya di rumah Puan Ida. Pak Da menurunkan basikal-basikal. Ketika memanjat turun dari lori, mereka mengucapkan terima kasih lagi. "Terima kasih Pak Da", ujar Arman, "Pak Da nanti kejap saya nak minta duit pada emak nak bayar tambang". " Eh eh.. tak payah bayar-bayar, dekat aja, Pak Da pun memang nak lalu dekat sini", kata Pak Da. "Tapi Pak Da...", sepupu Arman mencelah. Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Pak Da memotong "Tak apa, kalau Harith dan Arman nak bayar juga, boleh, tapi jangan bayar pada Pak Da.., tapi Pay it Forward".
"Hah? Apa dia Pay it Forward tu Pak Da?", tanya Arman ingin tahu.
"Begini, bila orang buat baik pada kita, kalau kita tak perlu atau tak sempat bayar balik, kita bayar ke depan, pay it forward, kita pass kan jasa orang kepada kita ke depan, kita pula tolong orang lain", jelas Pak Da.
"Ooooo! faham la kami, maksudnya orang tolong kita, kita tolong orang lain pula, orang berjasa kepada kita, kta pula berjasa pada orang lain.. gitu?", Harith cuba menerangkan kefahamannya.
Pak Da mengangguk-anggukkan kepalanya, "Ya, betul tu Harith, kalau semua orang buat macam tu, tak ke aman dunia ni?".
"Ye lah Pak Da, tentu ramai orang akan buat baik, tolong orang dan semua orang akan senang kan? kan?", ujar Arman.
Tuesday, March 1, 2011
Kurniaan Allah adalah ujian untuk kita bersyukur..
Apabila singgahsana Balqis dibawa dengan sekelip mata ke sisinya, Nabi Sulaiman berkata:
“Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi masalah kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. (an-Naml:40)
Allah Maha Kaya..keuntungan bersyukur ialah untuk kita, bukan untuk Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)