Thursday, March 3, 2011

Untungnya kita

Rasulullah (saw) bersabda bermaksud: “Sungguh ajaib keadaan seorang mukmin, semua keadaannya pasti menjadi baik. Dan itu hanya dimiliki oelh seorang mukmin sahaja. Apabila dia memperoleh nikmat, ia akan bersyukur. Maka nikmat itu akan menjadi kebaikan untuknya. Apabila ia tertimpa musibah, ia bersabar maka musibah itu akan menjadi kebaikan buat dirinya.” (Hadis riwayat Muslim)

Wednesday, March 2, 2011

Be positive.. Sabar, maafkan dan lupakan..

 
Seusai solat Zuhr di masjid, seorang rakan marah-marah bila kasutnya dicuri orang.   
"Tak guna punya orang!, menyusah orang ajer", dia membebel.   
Ketika melangkah ke kereta, dia bertemu dengan seorang Pak Cik yang bertanya kenapa ia marah dan membebel?
Bila diberitahu masalahnya, Pak Cik tersebut berkata:" Kalau anak marah macamanapun tak akan kembali kasut tu. Pak Cik cadang, elok anak bersabar, dan maafkan sahaja pencuri itu. Mungkin dia dalam kesempitan wang untuk makan, mungkin isteri atau anaknya  sakit. Anggaplah kasut anak telah membantu orang yang mencuri dan lagi satu ia bakal menggembirakan orang yang bakal membeli kasut anak dengan murah".

Kisah ini ialah kisah benar, berlaku di depan saya dan Pak Cik tersebut tidak (belum)?) beragama Islam?

Pay it Forward!

"Arman, boleh tolong mama belikan roti?", Puan Ida mengimbau anak kesayangannya yang sedang bermain guli dengan sepupunya Harith. "Kejap mama!", sahut Arman. "Harith, jom  temankan kita", ajak Arman."Jom!" sahut Harith sambil mengumpulkan guli-gulinya ke dalam balang. Memang sesuatu yang menyeronokkan berbasikal ke Pasar Mini Pak Lang yang terletak di hujung kampung. Maklumlah kedua-duanya baru darjah satu dan baru saja pandai menunggang basikal.

Dalam perjalanan pulang dari  Pasar Mini Pak Lang, basikal Arman tiba-tiba pancit. Terpaksalah dia menolak basikalnya. Harith juga turun berjalan sama. Sedang mereka menuntun basikal di gigi jalan, tiba-tiba sebuah lori kecil  yang datang dari belakang memperlahankan kelajuannya dan berhenti di hadapan mereka. "Arman, Harith.. kenapa ni?", ujar pemandu sambil turun dari lorinya. "Oh.. Pak Da", ujar Harith, " ini basikal Arman, tayarnya pancit.". "Ohhh..kalau begitu, kita letakkan basikal ke atas lori dan nanti Pak Da hantar ke rumah", ujar Pak Da. "Terima kasih Pak Da", serentak dan spontan terpacul dari mulut mereka berdua. Mereka pun memang teringin untuk merasa naik lori.

Setibanya di rumah Puan Ida. Pak Da  menurunkan basikal-basikal. Ketika memanjat turun dari lori, mereka mengucapkan terima kasih lagi. "Terima kasih Pak Da", ujar Arman, "Pak Da nanti kejap saya nak minta duit pada emak nak bayar tambang".  " Eh eh.. tak payah bayar-bayar, dekat aja, Pak Da pun memang nak lalu dekat sini", kata Pak Da. "Tapi Pak Da...", sepupu Arman mencelah. Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Pak Da memotong "Tak apa, kalau Harith dan Arman nak bayar juga, boleh, tapi  jangan bayar pada Pak Da.., tapi Pay it Forward". 

"Hah? Apa dia Pay it Forward tu Pak Da?", tanya Arman ingin tahu.

"Begini, bila orang buat baik pada kita, kalau kita tak perlu atau tak sempat bayar balik, kita bayar ke depan, pay it forward, kita pass kan jasa orang kepada kita ke depan, kita pula tolong orang lain",  jelas Pak Da.

"Ooooo! faham la kami, maksudnya orang tolong kita, kita tolong orang lain pula, orang berjasa kepada kita, kta pula berjasa pada orang lain.. gitu?", Harith cuba menerangkan kefahamannya.

Pak Da mengangguk-anggukkan kepalanya, "Ya, betul tu Harith, kalau semua orang buat macam tu, tak ke aman dunia ni?".

"Ye lah Pak Da, tentu ramai orang akan buat baik, tolong orang dan semua orang akan senang kan? kan?", ujar Arman.

Tuesday, March 1, 2011

Dengar dan renungkan

Madah Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ingat dua , lupakan dua


  • Seorang rakan menghantar pesanan berikut:

    Ingat dua perkara, lupakan dua perkara:

    Ingat jasa org pada kita
           Ingat salah kita pada org
    Lupa jasa kita pada org
          Lupa salah org pada kita

Kurniaan Allah adalah ujian untuk kita bersyukur..


 
Apabila singgahsana Balqis dibawa dengan sekelip mata ke sisinya, Nabi Sulaiman berkata:   

Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi masalah kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. (an-Naml:40)   

Allah Maha Kaya..keuntungan bersyukur ialah untuk kita, bukan untuk Allah.

Monday, February 28, 2011

Do'a hamba yang bersyukur





Nabi Sulaiman (a.s) mempunyai kerajaan yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa sebelum dan sesudahnya.Baginda boleh bertutur dengan burung-burung, menguasai tentera dari kalangan manusia dan jin dan unggas, mengawal angin   

Allah menceritakan kehebatan kerajaan Nabi Sulaiaman:

Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.(Annaml: 17) 

Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya.(Sod:36)   

Baginda boleh berbangga, boleh menyombong diri, boleh mendabek dada.   Namun, renungilah doa baginda: 

  "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh" (Annaml:19). 

  Yang didambakan ialah keupayaan untuk bersyukur akan nikmat Allah dan dapat mengerjakan amal soleh dan tergolong di dalam golongan hamba Allah yang soleh.   

Bagaimana dengan kita apabila menerima nikmat yang pelbagai? Bersyukur atau takbur?

Admit it!


Recognising and admitting our own mistake will not degrade us, but instead it will elevate us

Sunday, February 27, 2011

Allah janjikan kesenangan pasti datang bersama setiap kesukaran

Di segenap kesusahan, dugaaan, cubaan dan musibah, ada kesenangan dan kemudahan. Ingatlah pesan Allah di dalam surah al-Insyirah (alam Nasyrah):

"..Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.... .." (Al-Insyirah:5-6)

In every cloud there is a silver lining...


Langit tak selalu cerah, adakalanya mendung
Malam tak sentiasa berbintang
Di sebalik mendung ada hujan membawa rahmat dan untung
Di sebalik ketiadaan bintang ada sang rambulan yang bakal mengambang