Nabi Sulaiman (a.s) mempunyai kerajaan yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa sebelum dan sesudahnya.Baginda boleh bertutur dengan burung-burung, menguasai tentera dari kalangan manusia dan jin dan unggas, mengawal angin
Allah menceritakan kehebatan kerajaan Nabi Sulaiaman:
Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.(Annaml: 17)
Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya.(Sod:36)
Baginda boleh berbangga, boleh menyombong diri, boleh mendabek dada. Namun, renungilah doa baginda:
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh" (Annaml:19).
Yang didambakan ialah keupayaan untuk bersyukur akan nikmat Allah dan dapat mengerjakan amal soleh dan tergolong di dalam golongan hamba Allah yang soleh.
Bagaimana dengan kita apabila menerima nikmat yang pelbagai? Bersyukur atau takbur?
No comments:
Post a Comment