Friday, February 13, 2009

Hendak ke Mana Anda? 9


Haiwan dan unggas bertindak berasaskan nafsu dan
naluri. Adakah kita juga sama??

Anda seperti saya  pastinya yakin kita kita bukan
sebangsa dengan haiwan.

Kita semua percaya nenek moyang kita tiada kaitan
dengan monyet, chimpanzee, beruk, siamang, kera,
lotong, ungka,orang utan dan gorilla seperti didakwa
oleh Darwin dan rakan-rakannya yang jahil.

Kita semua tahu bahawa anda, saya dan semua manusia di
mukabumi ini adalah insan ciptaan khas Allah; bukan
jadi-jadian kononnya hasil evolusi dari beruk dan
monyet. 

Kita makhluk yang terpilih dan mulia. 

Hidup kita sebagai manusia tidak hanya berdasarkan
kepada naluri, instinct atau nafsu.  Kita ada misi dan
peranan besar di atas mukabumi. 

Ketika Allah mahu menciptakan Nabi Adam, Allah
berfirman:

“….sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi seorang
khalifah…” (Albaqarah:30)

Jelas Allah telah memuliakan kita.

Allah telah memuliakan kita sebagai khalifah-Nya.

Maka relakah anda membiarkan seorang putih bernama
Darwin merendahkan kita dengan menyamakan kita dengan
monyet, chimpanzee, beruk, siamang, kera,  lotong,
ungka,orang utan dan gorilla?

Relakah kita disamakan dengan haiwan dan unggas
bertindak berasakan nafsu dan naluri, yang mempunyai
otak tetapi tiada fikiran?

Relakah anda?

No comments:

Post a Comment