Wednesday, September 14, 2011

Posting Terakhir..

Saya mohon maaf lama tidak update blog ini.

Ini ialah kerana coretan-coretan saya  kini saya paparkan di Facebook saya.

Sila lawat akaun peribadi saya:


atau page:









Monday, April 4, 2011

"InshaAllah" gives us strength!


Kita ucap "inshaAllah" bagi menegaskan kita tidak tahu dan tiada kawalan sepenuhnya terhadap apa yang bakal berlaku dan kita menyedari kehendak Allah-lah yang menentukan segala-galanya. Jika ia berlaku seperti yang kita rancang, kita bersyukur, jika kehendak Allah berlainan dari apa yang kita hajatkan, kita tidak sedih atau putus asa.

Thursday, March 31, 2011

Katakan "inshaAllah"...



Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". (Al-Kahfi: 23-24)

Wednesday, March 30, 2011

Rear View Mirror







 Sometimes we need to see the past, but just like the rear-view mirrors of our cars, they are useful if we give only short glances. We should not be obsessed with it (the past) such that we may lose sight of what is coming in front of us.

Tuesday, March 29, 2011

"KALAU" hanya menimbulkan penyesalan


Jika kita mengatakan "Kalau kita buat begitu akan/tak akan jadi begini" bagi perkara lepas yang telah terjadi seolah-olah kita lebih tahu dari Allah, sedangkan hanya Allah yang tahu apa yang akan berlaku. "Kalau..." hanya akan menimbulkan penyesalan yang tidak bermanfaat. So look back, take lessons and quickly move forward to a brighter future.

Saturday, March 26, 2011

Berkata "KALAU" tak ada faedahnya.







Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Friday, March 25, 2011

Aku Menyesal Bercerai..


Fikir masak-masak, selidik calon baru betul-betul  sebelum bercerai..


Samada anda
- bercadang untuk bercerai dengan isteri anda kerana ada yang lain,
- atau memutuskan hubungan dengan tunang anda kerana ada pengganti yang kononnya lebih 'cun',
- atau berpisah dengan majikan anda sekarang untuk mencari kerja lain...

Saya cadang anda fikirkan masak-masak. Anda mungkin menyesal setelah mendapati pengganti yang baru tidak sehebat yang disangkakan. Akhirnya, dengan muka tebal terpaksa me’rujuk’ kembali kepada yang asal.

Pengalaman saya  ‘bercerai’  dengan syarikat telekomunikasi yang saya langgani sejak saya mengenali telefon bimbit mengajar saya supaya lebih berhati-hati, dan membuat keputusan hanya setelah benar-benar mengenali hati-budi calon pengganti berdasarkan maklumat yang tepat.  

Saya nak menceritakan pengalaman saya  menukar  perkhidmatan Telco  tanpa menukar nombor.

Ini pengalaman saya, pengalaman orang lain mungkin agak berbeza. Bagi saya pengalaman saya berada di Telco baru bagaikan indah khabar dari rupa.

Sejak  dua tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan dasar MNP, Mobile Number Portability yang membolehkan pengguna khidmat telefon mudah-alih bertukar dari satu syarikat telekomunikasi (telco) ke telco yang lain tanpa menukar nombor. Dengan itu, nombor telefon tidak lagi membayangkan telco yang dilanggani.

Saya telah lama melanggan Telco A tetapi tertarik dengan iklan Telco B yang menawarkan pakej dianggap bagus untuk keluarga dengan semua hal percuma di antara ahli keluarga. 

Saya telah membuat ‘porting’ MNP yakni memindahkan semua talian keluarga kami ke Telco B tanpa menukar nombor.

Saya mendapati iklan menarik bagi Telco B tidak menceritakan ‘the whole truth’.  Saya juga dapati,  ejen Telco B dan staf di Pusat Servis Telco B juga tidak menceritakan the whole truth.

Benar, nombor-nombor supplementary boleh membuat panggilan percuma (dengan had tertentu) kepada sesama mereka sahaja. Tetapi iklan dan penerangan ketika mendaftar  tidak menceritakan bahawa semua panggilan ke nombor selain dari beberapa nombor yang didaftarkan di pakej tersebut dicaj 30 sen seminit, mungkin kadar tertinggi postpaid di Malaysia!. Kecuali pengguna yang  hanya berada di dunia bawah tempurung mereka, semua pengguna memerlukan panggilan ke nombor lain selain  empat atau lima nombor kumpulan keluarga tersebut. Di sini Telco B mengaut keuntungan berlipat ganda.

Tidak juga diterangkan bahawa setiap supplementary line mempunyai had kredit hanya RM100.  Tidak diterangkan atau ditawarkan untuk penambahan nilai kredit semasa pendaftaran.  

Yang peliknya walaupun pengguna telah mendaftarkan bayaran secara auto-debit dengan kad kredit, sekiranya penggunaan melebihi had kredit, perkhidmatan akan disekat  


Yang lebih menyusahkan, penambahan had kredit hanya boleh dibuat di Pusat Servis Telco.

Untuk mengelakkan caj panggilan 30 sen seminit, saya berhajat menukar supplementary line anak dan isteri saya ke talian biasa (main line)  Tetapi malangnya, saya dimaklumkan ini tidak boleh dibuat kecuali jika saya bersedia menggantung talian mereka selama dua hari!

Saya juga mendapati talian khidmat pelanggan tidak berkualiti, tidak seperti semasa di Telco  A. Ejen-ejen perkhidmatannya, samada di Pusat Servis Telco atau di Talian Khidmat Pelanggan nampaknya bekerja seperti  pekerja kerajaan yang sekadar melepaskan batuk di tangga, memberikan standard answers . Tidak kelihatan langsung usaha proaktif untuk menyelesaikan masalah pelanggan, apalagi going the extra mile.  Anda tidak akan menerima panggilan susulan mengenai kes anda kecuali apabila anda mengancam untuk bertukar telco, atau membuat salinan emel aduan anda kepada pegawai-pegawai besar mereka.

Akhirnya, setelah beberapa kali kecewa berurusan dengan help’less’line, kaunter dan telefon, akhirnya saya pun terpaksa dengan muka tebal ‘merujuk’ semula kepada telco lama saya.

Jadi, sebelum anda membuat keputusan besar dalam hidup, menggantikan yang sedia-ada kepada sesuatu yang kononnya lebih hebat, lebih cantik, lebih bergaya, lebih menarik, fikir dalam-dalam, semak betul-betul. Jika tidak, anda bakal menyesal dan merana.

Thursday, March 24, 2011

What is Positive Thinking?





Positive Thinking is not exactly "thinking of doing the impossible". 
But it is the thinking that inshaAllah every problem will be resolved, with every hardship there is ease, with pain will come joy, there is surely a way round a brick wall, things will always turn out better and brighter, though there may be occasional hiccups along the way.

Wednesday, March 23, 2011

MANUSIA MUDAH LUPA...



Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami dalam segala keadaan, sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya..(Yunus:12)